CODEX GIGAS....Hhhmmm...Begini Rupanya Alkitab Iblis!!

CODEX GIGAS....Hhhmmm...Begini Rupanya Alkitab Iblis!!

Loading...
CODEX GIGAS-ALKITAB IBLIS!

Codex gigas atau buku raksasa adalah sebuah manuskrip di abad pertengahan dengan ukuran terbesar yang masih ada. Buku ini ditulis pada awal abad ke-13 di biara aliran Benedict di podlazice di Bohemia.
       Saat ini buku tersebut tersimpan di Sweden Royal Library di Stockholm. Diperlukan tenaga dua pustakawan untuk mengangkat buku tersebut. Buku ini sering juga disebut "alkitab iblis" kerana adanya sebuah ilustrasi saiz besar bergambar setan didalamnya. Kodeks tersebut diletakkan di sebuah tempat yang diperbuat dari kayu, dilapisi dengan kulit dan dihias dengan logam. Tingginya 92 cm, lebarnya 50 cm dan mempunyai tebal 22 cm.

     Pada mulanya, kodeks itu mempunyai 320 lembar naskah. Namun 8 keping darinya dibuang. Tidak diketahui siapa yang membuang 8 keping tersebut dan untuk tujuan apa. Ada dakwaan mengatakan 8 keping yang dibuang kemungkinan mengandungi Peraturan-Peraturan biara aliran Benedict. Berat kodeks tersebut hampir mencapai 75 kg. Lembaran yang digunakan untuk menulis kodeks ini adalah kulit yang berasal dari 160 ekor anak lembu.

        Biara tempat kodeks ini dibuat dihancurkan pada abad ke-15. Catatan yang ada pada kodeks menunjukkan bahawa pembuatan kodeks tersebut adalah sekitar tahun 1229 M. Setelah penulisannya, kodeks ini kemudian dipindahkan ke Biara Cistercians Sedlec dan akhirnya dibeli oleh Biara Benedict di Byoevnov. Dari tahun 1477-1593, kodeks ini disimpan di perpustakaan di Broumov sampai akhirnya dibawa ke Praha pada tahun 1594 untuk menjadi bahagian dari koleksi Rudolf II. Pada tarikh 24 September 2007, Codex gigas dibawa kembali ke Praha setelah 359 tahun.


       Isi dari kodeks ini adalah "a sum of the Benedictine order 's knowledge", "The War of the jews" tulisan Josephus, senarai para orang kudus, kaedah untuk menentukan tarikh perayaan paskah, seluruh alkitab bahasa latin pre-Vulgate, Isidore of Seville' s encyclopedia Etymologiae , Cosmas of Prague 's Chronicle of Bohemia, pelbagai macam risalah (dari sejarah, etimologi dan fisiologi), sebuah kalendar dengan nekrologium, senarai nama para biarawan di biara Podlaice, formula-formula ajaib dan nota-nota lain.

       Seluruh isi kodeks ini ditulis dalam bahasa latin. Manuskrip ini juga dihiasi dengan warna-warna seperti merah, biru, kuning, hijau dan emas. Seluruh huruf besar diberi warna yang ketara. Yang luar biasa adalah keseluruhan isi kodeks ini ditulis dengan perkaitan yang luar biasa antara laman. Yang bererti bahawa buku ini ditulis oleh satu orang dengan fikiran yang berterusan.

      Hal ini membuat banyak ahli percaya bahawa keseluruhan kodeks ini ditulis dalam masa yang sangat singkat. Pada halaman 290, terdapat sebuah gambar Iblis dengan tinggi sekitar 50 cm. Beberapa halaman sebelum gambar ini ditulis pada lembaran kulit yang menghitam dan dibuat dengan watak yang gelap, yang membuatnya berbeza dengan keseluruhan isi kodeks.


        Menurut Legenda, penulis kodeks itu adalah seorang biarawan yang melanggar peraturan biara dan dihukum dengan diikat di dinding dalam posisi berdiri seumur hidup. Biarawan ini memohon ampunan dari penghukuman yang luar biasa kejam itu. Sebagai gantinya ia berjanji untuk membuat sebuah buku yang akan memuliakan biara dan pengetahuan umat manusia selamanya, dan ia berjanji menyelesaikannya hanya dalam satu malam.

      Menjelang tengah malam, biarawan itu menjadi ragu apakah ia dapat menyelesaikannya sendiri. Jadi ia menjual jiwanya kepada iblis demi sebuah pertolongan. Iblis kemudian menyelesaikan manuskrip tersebut. Sebagai penghormatan kepada iblis yang membantunya, biarawan itu menambah gambar iblis ke dalam kodeks tersebut.

     Walaupun adanya legenda yang melibatkan iblis, pada zaman penyiasatan, kodeks ini tetap disimpan oleh biara dan dipelajari oleh banyak cendikiawan sampai hari ini.


Catat Ulasan

0 Ulasan