Blog Papagomo Disaman?

Blog Papagomo Disaman?

Loading...
                                                           Sukri saman Papagomo

KOTA BHARU – Peguam terkenal, Datuk Sukri Mo­ha­med memfailkan saman fit­nah berjumlah RM10 juta ter­hadap blogger pro Umno, Papagomo berikutan penye­baran beberapa artikel yang mendakwa ahli politik itu me­nyeleweng wang rakyat Kelantan.

Writ saman itu dikemuka­kan terhadap blogger Papa­gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu, baru-baru ini.

Dalam writ saman itu, Ahli Suruhanjaya Perkhidma­tan Negeri Kelantan itu men­dakwa artikel-artikel yang di­muatkan dalam blog itu secara terbuka memfitnahnya iaitu “Ratusan ribu wang rakyat lesap disamun penasihat Sul­tan Kelantan’, pada 4 Mei 2011.

Kandungan tulisan itu an­tara lain menyebut plaintif kononnya mengarahkan Peja­bat Tanah dan Jajahan Pasir Puteh menurap jalan tar di atas tanah persendirian miliknya di Banggol Mak Esah, Pasir Puteh, Kelantan bagi meraikan majlis persandingan anaknya pada 16 April 2011 menggunakan Dana WANG RAKYAT KELANTAN dari Pejabat Tanah dan Jajahan Pa­sir Puteh. Kos yang di­anggarkan dalam penurapan jalan tar tersebut di laporkan ber­jumlah RM200,000.

Artikel kedua bertajuk “Eksklusif - Wang Komisen RM700,000 Hasil Kayu Balak Kelantan Milik Siapa?” yang secara innuendo menuduh plaintif di dalam tulisannya:

“Di dalam dokumen di atas dinyatakan tarikh dan jumlah Transaksi Amaun Wang Tunai yang telah di­masukkan ke dalam akaun seseorang individu yang amat berpengaruh di Kelantan. In­dividu ini dikatakan cukup hebat sampaikan tidak ramai yang boleh mengambil apa apa ke atas individu tersebut”

“Hebat Individu yang berkuasa ini, boleh melakukan apa sahaja demi kerjaya politik­nya. Siapa individu tersebut? Gomo yakin sudah ada orang di Kota Bharu yang menge­ta­hui Individu yang dimaksud­kan itu.”

“Keseluruhan dokumen komisen yang berjumlah RM700,000 yang didedahkan ini akan dibongkar semuanya esok bagi menjelaskan kepada rakyat Kelantan hakikat yang berlaku selama ini.”

Artikel itu kemudian di­sambung oleh defendan me­lalui tulisannya di dalam blog yang sama dengan turut di­iri­ngi dengan gambar Plaintif de­ngan tajuk; “Tuanku Sultan Ke­lantan sembunyikan rahsia besar penyelewengan pena­sihatnya? ”

Berikutan penyebaran ar­tikel berkenaan, Ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan itu mendakwa defendan me­nuduh plaintif sebagai seorang tidak amanah, perompak dan penyeleweng dan memburuk-burukkan plaintif di kalangan masyarakat bahawa dengan penyiaran artikel tersebut, imej baik plaintif telah terjejas di mata masyarakat.



http://www.sinarharian.com.my/edisi/kelantan/sukri-saman-papagomo-1.22713

Catat Ulasan

1 Ulasan

jerit kat sini