Anak mati dalam perut ibu wajib tak bagi nama?UAI..Tolong Jawab..

Anak mati dalam perut ibu wajib tak bagi nama?UAI..Tolong Jawab..

Loading...

Anak mati dalam perut ibu wajib tak bagi nama?

- tengok anak itu usia berapa,kalau cukup 4bln wajib letak nama kerana di padang masyar nanti kita dipanggil dengan nama kita..
❝ Sesungguhnya kamu dipanggil pada Hari Kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, dari itu elokkanlah nama-nama kamu ❞

Dan berikut adalah soalan2 lain yang diajukan..

2) Suami saya berkahwin dua dan saya isteri yang kedua,saya berjawatan tinggi dan bergaji besar lebih daripada gaji suami..apakah hukumnya suami saya tidak memberi nafkah kepada saya dan anak atas alasan gajinya kecil dan tidak cukup untuk menampung perbelanjaan?

-suami wajib bagi nafkah pada isteri sekalipun isteri bergaji besar,tidak boleh guna alasan tidak mampu untuk bagi nafkah dan isteri sunat membantu suami untuk menampung perbelanjaan. Berdosa besar suami sekiranya sengaja tidak memberi nafkah.

3) Saya dan suami dalam proses bercerai dan saya tidak benarkan dia balik berjumpa saya dan anak..apakah hukumnya tindakan saya itu?

-isteri yang menafi hak dan tidak patuh pada suami hukumnya berdosa besar...wajib taat selagi mana suami tidak menyuruh melakukan perkara yang haram wlupn dalam iddah dan sudah bercerai.


4) Bolehkah orang bukan islam ambil bahgian dalam korban?

-tidak ada bahgian dalam korban bg orang bukan islam dan tidak haram beri daging korban pd orang bukan islam.

5) Saya ada curi air di luar rumah untuk basuh kereta dan siram pokok,apakah hukumnya?

-curi yang hak orang,haram hukumnya.

6) Saya bekerja,gaji tidak seberapa dan bekerja main2 apa hukumnya?

- kalau main2 tu boleh menyebabkan kerugian orang lain,tidak boleh..kerana kita diupah oleh majikan,kalau dalam kerja kita berjalan atau bergurau dengan pekerja lain tidak salah..cuma jangan bergurau sampai curi masa kerja.

7) Customer bg tips pd saya utk buat kereta dia cepat dan elok sikit..kdg2 saya ada ambil jugak tips tu,apa hukumnya?

-boleh ambil jika ianya tiada kaitan dgn upah yg dibayar pd syarikat..yakni tidak t'masuk dlm kos yg telah ditetapkan syarikat..


8. Saya bekerja sebagai penjawat awam dan b'urusan dgn kontraktor,kontraktor sering hulur duit dan ltk dlm poket baju,saya telah menolaknya tp dia tetap bg dan kata ikhlas darinya..soalan,kemana saya nak salur duit tu ustaz agar ia halal?

-duit itu duit haram jika ianya untuk meluluskan sesuatu,jika duit yg diberi itu tiada kaitan dgn kerja2 kontraktor maka duit t'sebut halal diambil..


9) Ustaz btl ke manusia skrg drpd golongan Nabi Adam yg ke 50?sbb kwn saya kata org tasawur ada bagitau camtu?

-betullah kwn anda sudah tdk btl..tidak ada sebarang nas dlm Quran dan hadith..hanya ada 1 Nabi Adam..ianya mgkin andaian sahaja..


10) Masa remaja byk lakukan dosa,jarang solat dan puasa..kini b'umur 30thn sudah insaf dan b'taubat..adakah taubat saja dh cukup?atau kena ganti jugak puasa dan solat yg ditinggalkan?

-ibadat solat dan puasa yg ditinggalkan wajib diqadhakan walaupun sudah b'taubat..bebas utk diqadhakan tidak kira masa.


11) Masa manakah nak niat masa b'tayamum?

-masa sapu tangan dan muka.


12) Ada org bg duit sbb saya nk pergi umrah..dia ckp ambillah duit ni buat pergi umrah,jd saya nk tau sejauh mana saya blh guna duit ini..kalau saya guna duit tu utk beli jubah dan brg2 dr malaysia tp dgn niat utk kegunaan umrah boleh tak?

-boleh saja utk p'belanjaan dan kebajikan ketika kita nk lakukan umrah..


13) Sukar nk dpt jodoh..mcm mana nk sng ckit nk dpt jodoh ustaz?

-jika sudah b'kenan pd seseorg,sunat bgtau pd perempuan t'sebut yg kita nk peristerikn dia..jgn malu2.


14) Ketika solat jamaah ada saf kosong didepan,boleh x makmum belakang b'gerak ke depan atau org depan saja yg tutup saf yg kosong t'sebut?

-ada pendapat ulama yg mengatakan org yg disebelah plg kanan tutup saf t'sebut,hukumnya fardhu kifayah..


15) Hukum memakai cincin permata platinum,ada orang kata tidak boleh..b'dosa tak pkai cincin ini?

-ulama mengharuskan memakai platinum dan mengharamkan emas kuning dan putih bagi lelaki.


16) Hukum memakai cincin suasa,adakah haram memakainya?

-kebanyakkan ulama mengharamkan lelaki memakai suasa kerana suasa itu campuran emas dan tembaga.



lagi soalan2nya...baca!!
soalan mengenai memberi nama anak..
❝ Dan juga sunat diberikan namanya pada hari ketujuh ❞

1) Tidak mengapa diberikan nama sebelum hari ketujuh,setengah ulama mengatakan meletak nama anak adalah wajib.

2) Meletak nama pada hari ketujuh adalah sunat,manakala sebelum atau selepas hari ketujuh adalah harus.

3) Hendaklah diletakkan nama yang elok,letak nama yang keji adalah haram.

4) Yang berhak letak nama adalah bapa ataupun tokki,letak nama kena tahu makna dan hukum berkaitan dengan nama tersebut.

5) Eja nama anak biarlah dalam jawi dahulu baru rumi..sekarang ni ramai yang tidak tahu eja nama dalam jawi,malah tidak tahu makna nama sendiri.

6) Nama yang keji2 kena tukar..cthnya, Nariah (api neraka) kepada Nuriah (cahaya)..

7) Jangan gabung nama ibu dan ayah untuk letak nama pada anak..cthnya, Tarmizi + Norizan = Tarzan :D

8) Sunat letak nama dan sebutan2 arab..cthnya Abdullah,Muhammad

9) Dan disunatkan mencukur kepala bayi (lelaki/perempuan) pada hari ketujuh..mencukur kepala anak dan bersedekah nilai emas atau kalu x ada duit ikut nilai perak mengikut berat rambut tersebut.

10) Nabi larang mencukur sedikit,kena cukur botak tidak kira bayi laki2 atau perempuan..masa marhaban,ambil berkat dari ulama' atau ust2 gunting rambut..lepas marhaban,kena cukur sampai botak.

11) Selepas cukur,ambil rambut dan timbang..dalam hadis mengkiaskan perak pada nilai timbangan rambut tersebut.

12) Rambut sunat ditanam..segala lebihan2 yang digunting dari tubuh (rambut,misai,janggut,kuku) sunat tanam.

13) Orang perempuan,sunat tanam pad...darah org yang berbekam juga sunat tanam

14) Aqiqah ialah sembelihan binatang an‘am yang dilakukan kerana menyambut bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda syukur kepada Allah kerana beri nikmat anak.

15) Buat aqiqah mengikut kemampuan,tidak mampu untuk beli kambing/lembu..afdhal sedekah daripada tidak beri lansung makan kepada org.

16) Dan umur binatang yang diaqiqah sama umur binatang yang dikorban,terpelihara daripada kekurangan...sekiranya binatang yang kurus kering sampai tiada daging,tidak sah...yang kurus adalah makhruh..yang sedang2,tidak kurus tidak gemuk adalah harus..afdhal binatang yang gemuk.

17) Afdhal memberi makan dan sedekah yang banyak daripada yang sedikit.

18) Boleh beri daging mentah yang di aqiqah kepada faqir miskin tetapi sunat memasak.

19) Afdhal hantar ke rumah daripada menjemput makan di rumah..elok juga jemput makan ke rumah kerana malaikat mendoakan rahmat dan keampunan kepada tuan rumah.

20) Kalau nak berkat hidup,mengaji..bagi orang makan,banyak pahala dalam memberi makan kepada faqir miskin.

Catat Ulasan

0 Ulasan