Loading...
Semut adalah haiwan bertubuh kecil dan mungil. Semut kita anggap sebagai binatang biasa yang tidak berbahaya bagi kita. Tetapi, tahukah anda bahawa Seorang Gadis Di Taipei, China ditemukan dalam telinganya 25 ekor Semut Mati ?
Seorang gadis berusia 16 tahun mengakui telah kemasukan semut sebanyak 25 ekor semut. Gadis ini memiliki kebiasaan buruk memakan kek di atas tempat tidur. Dia mengaku terkadang menyentuh telinganya ketika sedang makan gula-gula lalu tertidur tanpa membersihkan sisa-sisa bekasnya. Sisa-sisa ini yang mengakibatkan banyak semut berdatangan ke atas tempat tidur, dan sebahagian memutuskan menetap di telinga sang gadis kerana disana terdapat banyak makanan yang cukup untuk hidup mereka.
Setelah beberapa bulan, kemudian dia memeriksakan telinganya ke doktor ahli telinga iaitu doktor Hung Yaun-tsung, doktor itu mengatakan Telinga yang sakit kerana kemasukan serangga adalah hal yang lumrah menurut Hyung, Ia sehari-hari memang sering menerima pesakit dengan telinga yang kemasukan serangga seperti lipas, nyamuk dan semut. “Tapi ini pertama kali saya menemukan begitu banyak semut di dalam kedua telinga,” tambahnya.
Menurut Hyung, semut-semut itu kemugkinan mati kerana pesakitnya pernah menitiskan sedikit minyak ke dalam lubang telinga. Ia memberikan masukan bila seseorang mengeluh kemasukan serangga kecil agar memasukan sedikit minyak ke dalam telinganya agar si serangga yang hinggap di telinga si korban tersebut mati, namun jangan menggaruk telinga kerana malah akan mendorong serangga yang masuk tersebut ke dalam lebih jauh lagi dan hinggap di dalam telinga.
http://www.borakkosong.com/2012/02/25-semut-mati-ditemukan-dari-dalam.html#ixzz1lTre8PXn
0 Ulasan
jerit kat sini