TAJ MAHAL MULA SENGET

TAJ MAHAL MULA SENGET

Loading...
Satu daripada 4 menara Taj Mahal dilapor senget 4 sentimeter.


Ia dikatakan berpunca daripada Sungai Yamuna, yang kekeringan air.

Keadaan itu sekaligus menjejaskan air bawah tanah dan memberi kesan kepada struktur menara berkenaan.

Asas binaannya bergantung atas andas kayu jati yang tidak reput dalam air.

Teknologi berkenaan menjadikan taj mahal kalis gempa.

Semua menara berkenaan dibina di empat penjuru bagi mengimbangi berat bangunan ini.

Kajian Jabatan Alam Sekitar Universiti Agra juga mendakwa, fenomena yang sama turut menyebabkan keretakan.

Sejak tiga dekad lalu, salah satu menara berkenaan dilaporkan senget 3.57 sentimeter, bagaimanapun ia tidak menjejaskan struktur ketinggianya.

Catat Ulasan

0 Ulasan