Seluar Dalam Anti Bau Kentut...

Seluar Dalam Anti Bau Kentut...

Loading...
Belum apa-apa akak dah gelak dulu...gelihati je..

Saat menderita perut kembung, seseorang sering merasa tersiksa di tempat umum kerana takut buang angin yang dapat menyebabkan bau. Tapi kini tak perlu bimbang, penyelidik baru saja mencari seluar dalam yang boleh meredam bau, termasuk bau kentut. Celana dalam ini direka untuk menyembunyikan bau kentut Orang yang mengalami perut kembung sekarang tak perlu bimbang harus buang angin di tempat awam, kerana penyelidik dari Australia telah mencari dan memasarkan seluar dalam yang boleh meredam dan mencegah bau keluar.

Celana dalam tersebut khusus dibuat untuk lelaki dengan menggunakan nanaoteknologi yang direka dapat mencegah bau kurang sedap keluar melalui kain. Idea pembuatan seluar dalam khas ini bermula dari seorang pengusaha asal Australia yang tak berdaya menahan rasa malu apabila mengalami perut kembung di pejabatnya. "Saya mengimpikan konsep pakaian 4SKINS yang menahan bau ini setelah saya dan beberapa ahli keluarga saya menderita perut kembung," jelas Gilbert Huynh, pengusaha 4SKINS.

Menurutnya setelah mengalami keadaan tersebut, ia berfikir untuk membuat seluar dalam yang tidak hanya selesa digunakan tetapi juga boleh dimanfaatkan untuk menahan bau yang tidak sedap untuk menghindarkan dari rasa malu. "Jika ini membantu mengurangkan jumlah bau, maka akan jadi sebuah peluang yang besar, terutama bagi orang yang mengalami kembung dan harus sering buang angin, "jelas Huynh. Setelah dua tahun penyelidikan dan pembangunan, termasuk ujian terhadap 50 peserta, Huynh akhirnya dapat menyelesaikan projek tersebut dan menghasilkan seluar dalam yang menjadi penyelesaian dengan menggabungkan keselesaan dan gaya.


Rahsia seluar dalam yang dapat menahan ancaman metana ini adalah teknologi yang disebut dengan kain Neutraliser. Kain yang dibuat dengan Nano-Tex ini tidak seperti penyelesaian lain yang bertujuan untuk mengurangkan bau, tetapi untuk menahan bau yang keluar. Bau di sebalik seluar ini dipastikan tidak keluar, sehingga membolehkan orang-orang di sekitar pengguna boleh bernafas. "Saya pakai sendiri dan melakukan beberapa ujian asas. Lalu keluarga dan rakan-rakan saya juga memakainya dan mengatakan ini benar-benar bekerja, "tutup

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. waaa. mcm2 ciptaan sekarang.. haha
    jom baca sekejap =)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/01/iman-kita.html

    BalasPadam
  2. bagus...nanti ramai la yang suka kentut..

    BalasPadam
  3. lepas ni xpyh lah nk cover2 kentut..hehe

    BalasPadam
  4. x bau ok dh..tp bunyi nye bole ke disorok???huhuhu...

    BalasPadam

jerit kat sini