Loading...
Warga emas kurung gadis
PONDOK di kawasan tanah perkuburan terbiar yang dijadikan tempat oleh seorang warga emas untuk merogol seorang gadis Indonesia di Jalan Kubur Kuda, Tumpat sejak enam bulan lalu.
KOTA BHARU – Kegiatan terkutuk seorang warga emas berusia 61 tahun yang menjadikan seorang wanita Indonesia sebagai alat untuk memuaskan nafsunya sejak enam bulan lalu memakan diri apabila dia ditahan di sebuah pondok di kawasan perkuburan terbiar di Jalan Kubur Kuda di sini.
Suspek yang telah berkahwin itu ditahan Rabu lalu selepas gadis berusia 24 tahun tersebut membuat laporan polis.
Difahamkan, kawasan perkuburan itu tidak lagi digunakan dan suspek menggunakan dua buah pondok di situ untuk memperkosanya.
Sebelum merogol, suspek dikatakan akan memakan ubat kuat.
Episod duka mangsa berlaku apabila dia dibawa pulang ke rumah suspek di Jalan Limau Manis di sini yang terletak kira-kira 500 meter dari pondok tersebut selepas dia ditemui di pejabat imigresen di Jalan Telipot di sini, Jun tahun lalu.
Mangsa pergi ke pejabat pihak berkuasa itu untuk meminta pertolongan selepas dia lari dari majikannya di Wakaf Baru. Sebaik tiba di pejabat itu, kakitangan jabatan itu telah pulang.
Suspek yang merupakan pengutip kotak kemudian menawarkan tempat tinggal kepada gadis itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintenden Idris Abd. Rafar (gambar kecil) berkata, suspek kemudian mengugut mangsa supaya tidak keluar rumah bagi mengelakkan dikesan jiran-jiran dan pihak berkuasa.
Katanya, isteri suspek yang tidak mengesyaki apa-apa membiarkan suaminya membawa keluar mangsa pada waktu malam kononnya bagi membantu mencari kotak.

2 Ulasan
ya Allah kesiannya gadis ni..mcm2 org zaman skang..
BalasPadamTu le tanda dunia akhir zaman..salah puan indo tu yang lari dari majikan.
BalasPadamjerit kat sini