Murah!!Murah!!...Rumah Berhantu Dijual Murah

Murah!!Murah!!...Rumah Berhantu Dijual Murah

Loading...
Masih ingat lagikah anda dsengan kisah rumah banglo berhantu di Shah Alam?

                                                          Rumah Sek 2 Shah Alam

Ianya terletak di seksyen 2 Shah Alam, cerita mengenainya ditulis sendiri oleh bekas penyewa rumah ini dulu yang juga bekas pelajar UiTM ( KLIK DISINI) 
)Beliau menceritakan bagaimana sengsaranya dikacau di dalam rumah ini waktu hari pertama duduk dirumah tu ( kisah benar ). Tidak hairanlah owner rumah hanya meminta RM50 sebagai bayaran pertama untuk masuk rumah itu dan berpesan kepada mereka agar tidak membawa masuk barang-barang lagi kerana bimbang susah nak angkat kerana rumah itu 2 tingkat.. ( Cuba anda fikir apa yang tersirat disebalik alasan tu... ).

Dan anda boleh lihat disini...rumah yang sama akan dijual oleh pemiliknya dengan harga yang sangat murah bagi sebuah rumah banglo...WOW!!


                                        Double Storey House SS 2 Shah Alam

Price : RM 66 000 Type: Houses, For sale Area: Shah Alam
Title type: Freehold Tenure: - Other info: Bumi Lot
Size: 1690 sq.ft. Bedrooms: 3 Bathroom: 2
Property Type: Double storey

Kemudahan:
-Berdekatan kedai makan dan Restoran
ternama.
-5 minit ke Pusat Pengajian Tinggi (Uitm)
-10 minit ke SHAH ALAM
-15 minit ke Masjid Besar Shah Alam
-20 minit ke NKVE/
-20 minit ke FEDERAL HIGHWAY
-30 minit ke KLANG
-Corner Lot

-No Broker

Rumah telah dibersih dan telah dicat baru sepenuhnya.
'Tiada Unsur-unsur Luar'.

Sila hubungi Pn.Atilah 019-3984101.

p/s anda berminat?

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. mesti ramai yang masih tak berani nak masuk rumah ni..

    BalasPadam
  2. uish...dlu dok dkt wisma mais.mmg dkt la ngan seksyen 2 tp xprnh g rmh tu.chuak je.wuuuuu

    BalasPadam
  3. @Fakhruddin Aziz

    fakharuddin...rasanya kalau rumah ni dibuat homestay sekalipun ramai yang sudi...eeee...kalau diorang tahulah..

    BalasPadam
  4. @aReLaN

    Arelan...mmg rugi lah tak gi siasat umah tu..hihihi

    BalasPadam
  5. tiada unsur2 luar...pffftt

    PEREMPUAN PATUT RETI MENJAHIT?
    KORANG RASA?
    http://pulsowanie.blogspot.com/2011/12/perempuan-patut-reti-menjahit.html

    BalasPadam
  6. klau sy duk kat shah alam dh tntu sy beli rumah ni... pastu nnti usaha la spy Allah pmudahkn sgalanya... hanya pada Allah tmpt memohon perlindugan..

    BalasPadam
  7. klau sy duk kat shah alam dh tntu sy beli rumah ni... pastu nnti usaha la spy Allah pmudahkn sgalanya... hanya pada Allah tmpt memohon perlindugan..

    BalasPadam
  8. @Aku hamba Allah
    itulah yang sebaik2nya..tapi ada juga yg susah nak ubati,contohnya ramai yg tak sanggup nak duk umah camni..kalau akak sekalipun akak x sanggup ler

    BalasPadam
  9. Buat Home Stay seram bagus juga bg yg inginkan kelainan home stay..
    http://rumahlelong.travelnguidemy.com

    BalasPadam
  10. @MyAsteria
    ops..terus terang akak x sanggup nak stay situ..:)

    BalasPadam
  11. padahal rumahnya luas dan mempunyai lokasi sangat strategis...

    Rumah dijual di Yogyakarta : http://www.rumahjogja.web.id

    BalasPadam
  12. @Rumah Jogjamemang betul..rumahnya agak cantik,corner lot lagi

    BalasPadam
  13. kalau betul nak jual meh no tuan rumah.sy try kol takde dalam perkhidmatan pun...mungkin dah tukar no kot

    BalasPadam

jerit kat sini