MISTERI BATU MENANGIS

MISTERI BATU MENANGIS

Loading...
Misteri Batu menangis di Magelang
   Berita aneh dan mistik ini mengiringi bencana erupsi merapi, saat ini datang dari Magelang, Dikhabarkan ada 3 batu menangis, batu ini merupakan bawaan lahar dingin yang menerpa di Jalan Jogja Magelang. ketiga-tiga batu itu kini berada di pinggir Jalan Raya Magelang-Yogya Km 23.

Anda boleh saksikan batu menangis

    Ketiga-tiganya berwarna sama iaitu hitam kemerah-merahan. Salah seorang penduduk tempatan, Musrifah mengatakan, awalnya batu- batu itu sama seperti batu yang lain. Batu itu mula terus 'menangis' ketika salah satu penambang pasir bernama Sutarno, cuba memecahnya. "Sejak itu, batu-batu itu terus menerus mengeluarkan air. Sampai sekarang tidak kering-kering," kata Musrifah. Bahkan yang lebih menghairankan, Sutarno langsung sakit demam panas selama tiga hari. Menurut Musrifah, Sutarno baru sembuh selepas diminta oleh orang pintar tempatan untuk minta maaf. "Baru selepas itu dia sembuh," kata Musrifah.

    Warga yang mendengar hal itu lantas menghentikan aktiviti menambangnya. Tiga batu itu lantas dipindahkan bersama batu-batu yang lain. Warga semakin hairan ketika berhari-hari, air yang keluar dari keti g a batu itu tidak kering-kering.

      Padahal batu-batu lain, sudah kering, apalagi cuaca beberapa hari ini sangat terik. "Kita juga hairan kok tidak kering-kering kayak batu lain. Ini lihat saja, pasir yang ada di bawah batu itu masih basah, padahal pasir di persekitaran kering semua , "kata Musrifah. Apakah warga percaya ini batu ghaib? "Ya mungkin kan selama ini Merapi sering ditambang tapi tidak dijaga, jadi mungkin batu-batu ini merasa teraniaya dan menangis," kata Musrifah.

Catat Ulasan

0 Ulasan