Lelaki Melayu Terkaya Didunia Kantoi!!

Lelaki Melayu Terkaya Didunia Kantoi!!

Loading...

Sebelum ini MiM telah menulis artikel tentang Kamal Ashnawi yang mengaku sebagai hartawan trillionaire (1,000,000,000,000) yang pertama di dunia Baca Sini

MiM tertarik dengan isu ini kerana ianya hampir tidak masuk akal apabila ada orang mengaku mempunyai harta sebanyak RM20,000,000,000,000 atau pun 20 trilion ringgit.

Harta yang disonglap oleh Anwar dan dibawa ke luar negeri pun tidak sebanyak itu. Begitu juga dengan Muammar Gaddafi yang dikatakan mempunyai aset dan pelaburan sebanyak US30 bilion di Amerika Syarikat, US2.4 bilion di Kanada, US1.7 bilion di Austria dan US1 bilion di UK.

Tetapi kekayaan melampau 'tidak masuk akal' Kamal Ashnawi itu dinyatakan dengan selamba sahaja oleh beliau malah dijadikan bahan berita di dalam negara kita ini. Dan beliau seolah-olah tidak kisah jika ada pihak yang akan melondehkan pengakuan beliau tentang aset mahu pun 'pertalian maharaja' yang beliau ceritakan di dalam media.

Sikap excessive grandiosity yang ditunjukkan oleh lelaki yang mengaku pemilik Sierra Petrolium itu yang menarik minat MiM.

MiM tidak fikir ianya hanya scam sahaja kerana keterlebihan grandiosity itu sangat melampau dan hampir sudah pasti tiada yang percaya untuk turut serta dengan sebarang scam yang ditawarkan.

Dan jika segala dakwaan beliau itu tidak benar maka diagnosis psikiatrik iaitu Manic Depressive Disorder (Classified as Bipolar 1) boleh difikirkan.

Dan memang benar, belum apa-apa lagi sudah ada pihak yang menafikan cerita 'hartawan' tersebut! Ada pakar pengkaji yang mengatakan bahawa Kamal Ashnawi berbohong kononnya bakal ditabalkan menjadi Maharaja Indonesia!
KUALA LUMPUR 22 Jan. - Dakwaan anak kelahiran Perak, Kamal Ashnawi bahawa dia bakal ditabalkan menjadi Maharaja Indonesia dalam beberapa tahun lagi disifatkan sebagai mimpi di siang hari.

Pengarah Kajian Sosiologi Indonesia di Malaysia, Khairuddin Harahap berkata, jika Kamal Ashnawi hanya mendakwa sebagai kerabat diraja Indonesia, mungkin boleh dipercayai tetapi bukan sebagai maharaja.

"Tidak wujud kedudukan maharaja di Indonesia, malah golongan diraja itu tidak perlu ditabalkan sebaliknya ia terus diwarisi daripada generasi ke generasi.

"Indonesia mempunyai sejarah kesultanan sendiri seperti Kesultanan Solo dan Yogyakarta di wilayah Jawa Tengah, namun mereka hanya dihormati tetapi tidak mempunyai kuasa memerintah," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan mengenai Kamal Ashnawi yang mendakwa dirinya mempunyai wang simpanan melebihi 5 trilion Euro (RM20 trilion) walaupun tidak tersenarai sebagai orang kaya di dunia.

Selain itu, Kamal Ashnawi turut mendakwa dirinya merupakan keluarga diraja dari Jawa, Indonesia dengan namanya Raden Mas Prabhu Gusti Agung Ki Asmoro Wijoyo dan bakal ditabal menjadi Maharaja Indonesia beberapa tahun lagi.

Jelas Khairuddin, sejak 1945, sistem diraja di Indonesia telah runtuh dan negara itu telah bertukar menjadi republik.

"Dakwaan Kamal Ashnawi itu sangat tidak masuk akal kerana sejak Indonesia mencapai kemerdekaan, sistem pemerintahan di negara itu bukan lagi mengikut sistem monarki (beraja) sebaliknya melalui Dewan Perwakilan Daerah dan Dewan Perwakilan Rakyat yang memilih seorang Presiden," katanya.

Katanya, kerabat diraja Indonesia yang masih ada sehingga hari ini akan mempunyai gelaran 'Raden' diawal nama mereka dan turut dikenali dengan keturunan 'berdarah biru' atau golongan bangsawan - UM.


Very interesting! Apa pun, kita bukan menuduh tetapi sekadar meminta penjelasan daripada 'trillionaire yang pertama di dunia ini'!





sumber:http://novandri.blogspot.com/2012/01/bongkar-lelaki-melayu-trillionaire.html

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Tempoh hari ada baca tentang hal ini..bila baca yang last di akata nak jadi Maharaja aku dah yahu mamat ni dah senget..heheheheh
    Salam kenal

    Jom join Hanif Blog Bloglist
    Hanif blog bloglist
    Salam kenal….dan I follow sekali
    Tolong komen setelah letakkan bloglist…Thanks

    Letakkan Hanif Blog ( http://hanifidrus.blogspot.com) di bloglist anda.
    Setiap hari saya akan merayau 10 blog di bloglist saya malah akan di ping ke Ping.busuk.
    Entri anda juga akan dilink ke bloglist

    BalasPadam
  2. 1ST IMPRESSION!!
    BILA MASUK JE BLOG NI TERUS
    SAKIT MATA DENGAN BACKGROUND!!

    BalasPadam
  3. @Hanif Idrus

    hihihi.akak pun rasa dia ni ada masaalah senget jugak,
    salam kenal juga buat Hanif..

    BalasPadam

jerit kat sini