kenapa warga china suka meludah?Eeeee....

kenapa warga china suka meludah?Eeeee....

Loading...
TABIAT MELUDAH WARGA CHINA

Er...gambar tu akak x leh tengok lama-lama..
uhuk..uhuk..kembang anak tekak eiihh...

SEWAKTU seorang atendan basikal, Gua Guiyou berdiri di luar bangunan stesen kereta api di Beijing, dia tiba-tiba mengeluarkan satu bunyi dari mulutnya. Kemudian dia meludah ke kaki lima berdekatannya.

“Meludah adalah satu perbuatan yang baik dan bagus untuk kesihatan,” ujarnya yang berusia dalam lingkungan 40 tahun sambil menggosok kasutnya di sebuah kawasan yang berlopak dan berbau busuk.

Kini terdapat satu kenyataan yang mengatakan meludah adalah satu kelakuan yang tidak bertamadun. Kenyataan itu muncul ekoran persiapan menganjurkan sukan berprestij dunia, Olimpik sedang giat berlangsung di kota raya itu.

Di China, perbuatan meludah di kawasan awam telah menjadi salah satu trademark yang kisahnya didengari hingga ke luar negara itu.

Apabila Olimpik 2008 menjadi milik Beijing maka pihak kerajaan telah mengharamkan perbuatan meludah di kawasan awam sekali gus menjatuhkan hukuman denda sebanyak 50 yuan (RM24.50) sekiranya didapati seseorang itu meludah.

“Ini adalah perkara biasa, kadang-kadang mereka tidak nampak apa yang kita lakukan,” ujarnya.

Notis yang dikeluarkan itu hanya memberi kesan kepada para pelawat yang mengunjungi negara tersebut.

Tabiat buruk itu masih dapat dilihat di sekitar tempat awam dan ia dilakukan oleh penduduk tempatan.

Mengikut sejarah lama, peneraju utama, Deng Xiaoping, dahulunya dikenali dengan sikapnya yang akan meludah apabila menyapa pembesar-pembesar asing di Dewan Besar pada tahun 1970-an dan 1980-an.

Walaupun pada dasarnya tabiat buruk itu telah merebak secara meluas di China, namun perbuatan meludah di tepi jalan dan di lorong-lorong di negara itu sudah menjadi satu perkara biasa.

Meludah di jalan dan lorong dilakukan bagi mengelak air ludah terkena pada dinding bangunan.

Namun, hakikatnya, tabiat itu mengundang bahaya kepada pejalan kaki dan penunggang basikal terutama pada musim sejuk.

Bagi kebanyakan masyarakat China, tabiat meludah adalah satu fenomena fizikal bersin yang biasa dan ia menjadi amalan tradisi masyarakat negara itu dan mereka sedikitpun tidak berasa malu atau jijik apabila melakukannya.

“Saya tidak akan sesekali meludah di dalam kereta,” ujar pemandu teksi, Sui Ningguo sambil menurunkan cermin tingkap keretanya lalu meludah keluar.

“Tiada siapa yang akan mengambil tahu sekiranya kita meludah di merata-rata tempat,”tambahnya.

Seorang pakar pernafasan di Hospital Xuanwu Beijing, Li Yan percaya bahawa jangkitan yang merebak pada sistem pernafasan disebabkan oleh pencemaran persekitaran di China.

Katanya, sikap penduduk yang tidak mempunyai kesedaran terhadap penjagaan kesihatan dan kebersihan menyumbang ke arah tabiat meludah yang berleluasa.

“Musim kemarau yang melanda bandar=bandar di China memberi kesan terhadap kualiti udara yang kurang memuaskan. Akibat permasalahan itu, ia menjurus kepada peningkatan jangkitan dalam saluran pernafasan dan seterusnya menjadi kahak,” katanya.

“Menurut pakar, desakan untuk mengamalkan tabiat meludah sebagai sebahagian daripada gaya hidup semakin diterima di China. Mereka beranggapan, seseorang harus meludah apabila terasa suatu yang jengkel melekat di dalam kerongkong.

“Namun kebanyakan masyarakat menganggap perbuatan meludah merupakan satu tabiat buruk. Dan segelintir daripada mereka pula meludah apabila tiada kahak,” kata seorang profesor di Universiti Perubatan Beijing, China.

Namun, katanya, air liur merupakan sebahagian rembesan normal dan penghadaman virus yang membawa penyakit AIDS.

Pada awal tahun ini, seorang pegawai ditugaskan untuk memberi kesedaran sosial terhadap penduduk Beijing. Ia sebagai titik permulaan Sukan Olimpik yang akan berlangsung nanti.

“Namun, ia adalah tugas yang lebih mencabar daripada membina sebuah gelanggang sukan,”ujarnya.

Naib Ketua Jawatankuasa penganjur Sukan Olimpik Beijing, Zhang Faqiang berkata, kota raya itu adalah kawasan yang paling sukar membendung tabiat meludah penduduknya.

“Sebagai seorang individu yang bertanggungjawab, saya tidak dapat menjalankan tugasan melibatkan isu berkaitan kesedaran penduduk dalam negara tersebut.

“Secara jujurnya, siapa yang bertanggungjawab terhadap masalah ini?” soal atendan basikal, Guo Guiyou. – AFP

p/s lalalalala....tak nak tengok gambo...tak nak tengok gamboooo!!!!

Catat Ulasan

0 Ulasan