ILMU HARIMAU BERANTAI MAKAN DIRI

ILMU HARIMAU BERANTAI MAKAN DIRI

Loading...

Aksi pelik Mek Esah itu berterusan selama seminggu tidak kira siang mahupun malam.Sambil bersilat Mek Esah mencabar sesiapa saja berdekatannya termasuk anak dan menantunya beradu tenaga.

Mengesyaki sesuatu tidak kena, ahli keluarganya membawa Mek Esah menemui pengamal perubatan Islam terkenal, Ustaz Rahimi Abdul Rashid al Madani, menjalani rawatan.

Ustaz Rahimi ketika melakukan rawatan percaya ada kuasa luar menguasai diri Mek Esah sehingga dia mampu beraksi gagah seperti wanita muda.

Memang tidak masuk akal Mek Esah mampu bersilat dengan gagah memandangkan usianya melebihi 70 tahun.
“Jika seseorang itu tak tahu ilmu silat pasti jadi mangsa jika berdepan Mek Esah,” katanya.
Ketika sedang menjalani rawatan, tiba-tiba Mek Esah melompat bangun dari pembaringan dan terus menyerang Ustaz Rahimi.

“Mek Esah dengan wajah bengis dan tangkas membuka silat harimau mahu mencakar muka saya.
“Bagaimanapun saya sempat me­nge­lak, akhirnya saya sempat pegang lehernya, menyebabkan dia terus longlai dan kembali semula ke tempat tidur,” cerita Ustaz Rahimi.
Ustaz Rahimi berusaha mencari punca sebenar penyakit Mek Esah dan tanpa membuang masa dia terus berdialog dengan warga emas itu.
Dengan suara garau dan tersekat-sekat Mek Esah mengaku dia telah dirasuk Panglima Harimau Berantai kerana mengamalkan ilmunya dengan cara salah.

Menurut Mek Esah, ilmu Harimau Berantai itu diamalkannya lebih 30 tahun lalu sebagai pendinding diri di samping menunduk lelaki yang berniat buruk terhadapnya.
Ustaz Rahimi berkata, setelah mengetahui punca sebenar Mek Esah mengamuk dia terus membaca ayat suci al-Quran dan doa syifa untuk membuang segala amalan ilmu Harimau Berantai itu.

“Sebaik saja saya masukkan ayat suci al-Quran ke dalam badannya, Mek Esah menggelupur kepanasan dan terus tertidur,” katanya.
Ustaz Rahimi berkata, amalan ilmu Harimau Berantai itulah menyebabkan Mek Esah memiliki tenaga luar biasa selain mahir bersilat.

Katanya, ternyata ilmu yang diamal­kan Mek Esah lebih 30 tahun itu telah memakan diri sendiri.
“Saya nasihatkan sesiapa mahu menuntut ilmu supaya mengamal­kannya dengan cara betul berpandu kitab suci al-Quran.
“Jika seseorang mengamalkan ilmu bercanggah dengan syariat Islam, lambat laun ilmu itu akan memakan diri sendiri seperti yang berlaku pada Mek Esah,” katanya.
Ustaz Rahimi bersyukur dengan izin Allah selepas beberapa kali melakukan rawatan, ilmu Harimau Berantai yang berada dalam tubuhnya berjaya dibuang dan kini dia beransur pulih.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Kakak kena klik berkali-kali nak baca N3 ini sebab sekejap-sekejap blog bertukar wajah...

    Itulah ilmu sesat tak payahlah diikut....

    BalasPadam
  2. blog bertukar wajah??nape kak?saya bukak..biasa jer

    BalasPadam

jerit kat sini