Hujan Bangkai Landa Arkansas

Hujan Bangkai Landa Arkansas

Loading...
                        Lagi, Hujan Bangkai Burung Hitam di Arkansas

Sekitar 100 bangkai bergeletakan di jalan, bumbung, rumah, juga melanggar kereta polis.

Peristiwa jatuhnya burung mati dari langit Arkansas kembali berulang pada tahun 2012 ini. Polis Bebe mendedahkan, kira-kira 100 burung jatuh dalam keadaan mati. Anggota polis, Emily Nichols mengaku, ia menerima beberapa panggilan yang melaporkan kejadian itu. "Ada yang mengatakan, burung hitam kembali jatuh. Lain-lain mengaku mencari burung hitam di jalanan, atau gereja," kata dia seperti dimuat ABC, Isnin 2 Januari 2012.

   Sementara itu, laporan masuk ke pusat perlindungan dan kawalan haiwan sekitar pukul 19.00, 31 Disember 2011 . "Setelah laporan tersebut, kami turun ke jalan untuk menyingkirkan bangkai-bangkai binatang," kata dia. Saat ini, Game and Fish Department membawa 30 daripada 100 bangkai burung untuk diuji, apa sebenarnya punca kematian mereka. Belum jelas apa yang menyebabkan "hujan burung "itu. Namun, pegawai menduga, haiwan-haiwan itu mati akibat bunga api di malam tahun baru. Para saintis mengatakan, suara keras bunga api menyebabkan burung mengalami kegelisahan.

   Mereka boleh melanggar rumah, kereta, atau sesama burung lainnya, sebelum akhirnya mati. Burung-burung mendarat di atas bumbung, trotoar, jalanan, dan gelanggang. Satu di antaranya melanggar seorang perempuan yang sedang berjalan-jalan dengan anjing. Ada juga yang melanggar kereta polis. Ini mirip dengan kejadian tahun lalu. Tepat sebelum pergantian tahun 2011, kira-kira 5.000 bangkai burung hitam jatuh dari langit Kota Bebe, Arkansas. Fenomena tak biasa itu tiba-tiba menuai kontroversi, muncul teori-teori yang menjelaskan hal itu.

    Ada yang menyangka, itu kerana gas yang merembes dari patahan New Madrid, bom sonik, asap dari kilang di Mississipi, tornado, sebahagian daripada projek rahsia kerajaan, atau bahkan kerja alien alias makhluk luar angkasa. Jawapan yang benar adalah: bunga api. Seperti diberitakan laman USA Today, ahli burung dari Arkansas Game and Fish Commission, Karen Rowe berkata, dipercayai ada seseorang yang menyalakan bunga api besar.

    Percikan api itu menakutkan burung yang kemudian mengalami disorientasi, memacu laju terbangnya hingga kelajuan 25 batu satu jam. Burung-burung itu lalu melanggar rumah-rumah, papan peringatan, bahkan terhempas tanah. "Mereka memantul ke rumah-rumah, papan basket, lori," kata dia, seperti dimuat USA Today , Khamis 6 Januari 2011. Berdasarkan penelitian necropsies terhadap bangkai para burung, Rowe dan pasukannya yakin, dugaan mereka bahawa burung-burung itu tewas kerana kembang api, benar.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. macam-macam kan...

    kalau senang jom join segmen Qaseh
    http://cintaqasehsuci.blogspot.com/2012/01/segmen-kenal-kawan-blogger.html

    BalasPadam
  2. Musnah alam kerana manusia, bila burung pun musnah kerana manusia yg pasti manusia pun dah ramai yg musnah kerana manusia juga.... dunia kian tua.

    BalasPadam

jerit kat sini