Vietnam Salah Design Bendera China!Insiden Memalukan...

Vietnam Salah Design Bendera China!Insiden Memalukan...

Loading...

Lawatan Naib Presiden China, Xi Jinping, ke Hanoi, Vietnam, pada Rabu lalu diwarnai sedikit insiden. Sebabnya, anak-anak kecil yang menyambut kedatangan Xi di istana presiden mengibarkan bendera China yang jumlah bintangnya salah. Bendera China seharusnya mempunyai lima bintang berwarna kuning, dengan butiran satu bintang besar dikelilingi empat bintang kecil. Namun seperti dilansir agensi berita BBC Khamis, 22 Disember 2011,

kanak-kanak Vietnam di istana mengibarkan bendera China bintang berlebih, iaitu enam bintang. Peristiwa ini tak pelak mencetuskan kehebohan di kalangan masyarakat Vietnam, terutama para pengguna internet. Salah satu blogger menyebut peristiwa ini sebagai kesalahan diplomatik berat, sementara yang lain tertanya-tanya mengapa China tidak mempertikaikan bendera yang salah itu. Tujuan kedatangan Xi ke Hanoi ketika itu adalah untuk mengeratkan hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Pihak berkuasa Vietnam hingga saat ini belum memberikan komentar atas insiden tersebut. Insiden bendera China yang salah di Vietnam bukan sekali ini terjadi. Oktober lalu, stesen televisyen Vietnam, VTV1, pernah menyiarkan bendera China dengan jumlah bintang yang salah. Selain itu, insiden serupa juga pernah terjadi pada upacara sambutan delegasi China di Delhi, India, pada 2006. Jumlah bintang yang ada di bendera juga berjumlah enam, bukannya lima.

p/s heeee...kesiannya

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Masa sukan sea di Indonesia hari itu pun bendera kita tersalah jumlah jalur pihak Indonesia buat. Itulah dia manusia mana tak buat silap...

    BalasPadam
  2. Haduiii~
    Kesilapan teknikal disitu
    Kah3
    xD

    BalasPadam
  3. hehe..manusia mmg x pernah sunyi dari membuat silap..tapi kena check betul2 la..

    BalasPadam

jerit kat sini