Umno Penang hadiahkan ‘tahi manusia’ kepada staff kerajaan??Apa citer Ni??

Umno Penang hadiahkan ‘tahi manusia’ kepada staff kerajaan??Apa citer Ni??

Loading...
KUALA LUMPUR, 9 Dis: Umno Pulau Pinang mengenepikan adab dan tatasusila orang Melayu Islam apabila bertindak menghadiahkan empat replika najis manusia sempena ulang tahun ke-51 kelahiran Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Tindakan jijik dan tak senonoh itu dilakukan sekumpulan lelaki yang dipercayai dari Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, sebuah NGO Umno yang diketuai oleh Mohamed Ghani Abd Jiman.
Mereka hadir ke bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), George Town tengah hari semalam dengan membawa empat bungkusan yang dihias seperti kek.
Bungkusan tersebut adalah replika najis manusia yang ditempah khas untuk dihadiahkan kepada Lim Guan Eng.


SELAIN memainkan “politik lucah” dan “politik selak kain”, Umno kini mula memainkan “politik taik” pula. Budaya politik menjijikkan akan terus dimainkan untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Tindakan kali ini benar-benar di luar tahap kewarasan manusia apabila mereka menghina kakitangan kerajaan yang dipilih oleh rakyat dengan hadiah “tahi manusia”.
Deligasi Umno Pulau Pinang tengah hari tadi menyerahkan empat hadiah seakan ‘tahi manusia’ yang dibungkus seperti kek kepada kakitangan kerajaan di Komtar, George Town, yang menempatkan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri.
Kakitangan kerajaan yang menerima hadiah “tahi manusia” itu dilihat terkedu dengan tindakan “luar batas” dilakukan oleh Deligasi Umno Pulau Pinang itu.

p/s apa kes pulak ni..harap pihak yang berkenaan boleh jawab ttg isu ni..
akak mmg tak setuju sangatlah kalau politik dah main bende alah ni,sebagai orng dah dewasa..rakyat juga tahu menilai mana baik buruk...hadoyyy
tak baik main2 tahik ni tau...
I don't like..

sumber: http://www.harakahdaily.my/umno-penang-hadiahkan-tahi-manusia-kepada-staff-kerajaan

Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. tu la...jgn beitu..tak baik...hormat menghormati sesama kita,itu lebih mulia rasanya

    BalasPadam
  2. nanti kita pangkah ogo 'taik' kat kertas undi...memang budaya taik dah jadi motto UMNO kot

    BalasPadam
  3. Mana datang UMNO plak ni kak? Bukan NGO ka?

    BalasPadam
  4. Blog Sensasi...hehehe...rilek..rilek..jangan emosi sangat...lalalala

    BalasPadam
  5. Ismail..ye ke NGO...ntah..tapi dalam laporan tu dia tulis UMNO..ada dalang kot

    BalasPadam
  6. Oh..patut la..akak amik dari Harakah...diorang dah kena saman dah..pasal tuduh UMNO..ok lah kak, teruskan memosting! Suka blog akak nih! Macam-macam ada!

    BalasPadam
  7. Admin...ha"ah akak amik kat situ...tapi kalo betul mmg tak patut la kan..kita rakyat M'sia,yang pemes ngan logo budibahasa dan senyum...

    BalasPadam

jerit kat sini