Seorang Kanak-kanak Di China Meninggal Kerana Minum Coca-Cola

Seorang Kanak-kanak Di China Meninggal Kerana Minum Coca-Cola

Loading...

Seorang budak laki-laki di China terbunuh dan ibunya dalam keadaan koma, usai menenggak salah satu produk minuman buatan Coca-cola. Menurut hasil pemeriksaan, minuman itu mengandungi racun perosak atau racun serangga dalam kadar yang mematikan. Bocah berusia 10 tahun tersebut tewas setelah mengambil minuman berjenama Minute Maid Pulpy Super Milky. Minuman rasa strawberry tersebut dihasilkan dan dipasarkan di China oleh salah satu kilang minuman ringan yang paling terkenal, iaitu The Coca-cola Company.

Polis Bandar Changchun di Wilayah Jilin berkata, hasil ujian di makmal menunjukkan adanya racun perosak atau racun serangga dalam minuman tersebut. Namun belum disimpulkan, apakah racun tersebut dimasukkan dengan sengaja atau telah berlaku pencemaran. Yang jelas, kerajaan tempatan melalui seorang pegawai bernama Li menyatakan telah menarik produk minuman tersebut dari peredaran. Beberapa produk Coca-cola yang lain kemungkinan juga akan ditarik dalam masa terdekat ini, dengan alasan keselamatan. Dengan alasan yang sama, badan keselamatan makanan tempatan juga mengimbau warga yang terlanjur membeli produk minuman ini untuk tidak meminumnya.

Jika masih ada yang menyimpannya, maka diharapkan untuk menyerahkannya secepat mungkin kepada pihak berwajib. Sementara itu, seorang staff humas (hubungan masyarakat) Coca-cola Beijing bernama Wang Lei mengatakan bahawa syarikat tersebut telah merasa produknya sendiri. Setakat ini, hasilnya memuaskan dan tidak ditemui adanya rasa yang mencurigakan. "Seluruh produk selamat dan memenuhi standard," kata Lei dalam satu kenyataan, seperti dikutip dari Shanghai Daily, Khamis (1/12/2011).

Produk Coca-cola beracun setakat ini hanya ditemui di Kota Changchun, Provinsi Jilin. Produk yang sama hingga saat ini masih dijual di Bandar Shanghai, kerana produk yang dipasarkan di 2 bandar tersebut dikatakan memang berasal dari batch yang berbeza.

p/s hati-hati beli produk dari China

Catat Ulasan

2 Ulasan

jerit kat sini