Loading...
Ramai orang menganggap bunyi itu berkaitan dengan derak sendi yang kurang menyenangnkan dan percaya bunyi itu disebabkan tulang-tulang yang bergesel. Sebenarnya bunyi berderak ini tidak disebabkan oleh pergesekan tulang, tetapi oleh gas di antara sendi. Sendi kita mengandungi sesuatu yang disebut sinovia, yang membantu melumasi sendi. Cecair sinovia mengandungi gas oksigen, nitrogen, dan karbon dioksida. Kajian menunjukkan bahawa ketika menderakkan sebuah sendi, anda menjauhkan tulang-tulangnya, dan kapsul yang mengelilingi sendi itu pun meregang. Hal ini menyebabkan cecair sinovia menyembur dari satu sisi buku ke sisi yang lain.
Cecair yang berpindah ini menciptakan ruang kosong, yang dengan cepat terisi dengan gas lagi. Perpindahan gas yang cepat inilah yang memunculkan bunyi letupan. Untuk kembali menderakkan buku jari yang sama, anda perlu menunggu sehingga gasnya kembali ke cecair sinovia. Itulah sebabnya, kita tidak boleh menderakkan buku jari yang sama dua kali berturut-turur dengan cepat.
P/s...owhhh..akak pun baru tahu..

0 Ulasan
jerit kat sini