Kate Middleton Hamil 1,5 Bulan

Kate Middleton Hamil 1,5 Bulan

Loading...

Kali ini ada dua majalah gosip ternama yang mengkhabarkan kalau Kate tengah hamil 1,5 bulan dan sempat pengsan. Majalah Star memberitakan Kate pengsan saat ia dan Putera William bercuti di Birkhall, rumah dan ladang Putera Charles di Scotland. Duchess of Cambridge itu disebut-sebut mengandung anak kembar. Seorang sumber mengatakan pada Star, William langsung meminta bantuan stafnya untuk menolong Kate.

Dia menggendong sang isteri dan menelefon ambulans. Saat tiba, doktor pun langsung menyemak Kate dan memintanya untuk bed rest. Sementara itu majalah In Touch Weekly, seperti dikutip ABC News melaporkan, usia kandungan Kate sudah memasuki enam minggu atau 1.5 bulan. Seorang sumber kerajaan mendedahkan pada majalah tersebut, Duke dan Duchess of Cambridge tengah menyiapkan bilik kanak-kanak di rumah-rumah mereka.

Untuk nama, pasangan William dan Kate ingin sesuatu yang terdengar tradisional. "Edward, Philip, dan Michael adalah pilihan nama untuk anak laki-laki atau Alice dan Rose untuk anak perempuan," begitu kata sumber sambil menambah William berharap dikurniakan anak perempuan. Sampai saat ini pihak kerajaan belum secara rasmi mengumumkan soal kehamilan Kate.

Mereka juga mempunyai polisi tidak akan memberi komen soal khabar angin apapun. Berita kehamilan ini bukan yang pertama untuk Kate. Sebelumnya semasa ia melawat UNICEF Global Supply Centre di Copenhagen awal November lalu, wanita 29 tahun itu juga disebut-sebut hamil gara-gara dia menolak makan mentega kacang. Kacang merupakan makanan yang kerap disyorkan untuk dielak ketika hamil untuk mengelakkan alahan.

BERITA gembira kepada keluarga diraja Britain. Isteri kepada Putera William, Kate Middletton dikatakan sudah mengandung anak yang pertama dan kini kandungannya itu berusia tujuh minggu, menurut sumber diraja.

"Sejak belum berkahwin lagi, sudah dijelaskan kepada William dan Kate untuk mendapatkan anak adalah satu keutamaan bagi mereka," jelas sumber diraja itu.

Dikatakan tidak kiralah perempuan atau lelaki, pasangan diraja ini hanya mahukan pewaris mereka.

Tuah anak pasangan ini adalah akan mewarisi takhta kerajaan kelak.

Catat Ulasan

0 Ulasan