Hhhmm...Nak Kahwin Dengan Perogolkah Atau Tidak?

Hhhmm...Nak Kahwin Dengan Perogolkah Atau Tidak?

Loading...

Seorang perempuan Afghanistan yang diperkosa menghadapi dilema, iaitu mengahwini pemerkosanya atau menghabiskan 12 tahun hidupnya di penjara. Dia mengambil keputusan memilih pilihan pertama, menikahi pemerkosanya, dari mengelakkan dipenjara, kehormatannya, dan masa depan anak perempuannya yang lahir dari hasil rogol itu.

Peguam negara Afghanistan, Rabu (23/11/2011), menegaskan adanya pilihan itu. Peguam negara itu mengumumkan, seorang mangsa rogol, yang dipenjara kerana perzinaan, diberi pilihan untuk menikahi pemerkosanya dan masa hukumannya dikurangkan dari 12 tahun menjadi hanya 3 tahun. Pihak peguam mengatakan, perempuan itu menyatakan bersedia.

Gulnaz, nama perempuan tersebut kini berusia 21 tahun dan kejadian rogol itu berlaku dua tahun lalu. Mahkamah mengatakan, dia dihukum 12 tahun penjara kerana perzinaan. Ketika ini dia masih meringkuk di penjara Baghbadam di Kabul. Dia menjalani hukumannya bersama anaknya, hasil dari kejadian rogol itu.

Pemerkosaan tersebut menurut mahkamah merupakan perzinaan, merupakan aib, bukan hanya bagi dia tetapi bagi komunitinya. Maka, dia diberi pilihan untuk menikahi perogol agar boleh keluar dari penjara dan mengesahkan bayi perempuannya di mata masyarakat Afghanistan yang konservatif. Gulnaz ketika diwawancara CNN sambil menimang anak perempuannya di pangkuannya menjelaskan, pilihan berkahwin merupakan satu-satunya cara dia boleh keluar dari penjara dan memulihkan martabatnya.

Catat Ulasan

0 Ulasan