Gempar sejadah berdiri lagi!!

Gempar sejadah berdiri lagi!!

Loading...

BUKIT PAYONG - Penduduk di Kampung Surau Haji Daud gempar apabila kejadian sejadah berdiri seperti yang pernah dilaporkan berlaku di beberapa negeri suatu waktu dahulu, kini berlaku pula di Surau Che Man di kampung berkenaan.

Walaupun hanya sehelai daripada puluhan sejadah di ruang solat surau berkenaan kelihatan seolah-olah berdiri dan seperti mengimamkan solat, namun kejadian itu menarik perhatian penduduk untuk melihatnya sendiri.

Kejadian disedari jam 9.30 pagi oleh seorang pemuda, Mohd Zamri Ghani, 22, yang ke surau itu untuk membaiki pembesar suara sebelum ternampak sejadah berdiri dan memberitahu rakannya, Roslan Ramli, 28, sebelum berita itu tersebar.

Berikutan itu, ia menarik perhatian penduduk berdekatan yang pada mulanya percaya ia sengaja ‘dibuat’ oleh seseorang tetapi apabila berada di surau dan melihat sendiri keadaan sejadah itu, ma-sing-masing terdiam menatap kejadian pelik itu.

Menurut anak kepada pemilik surau, Rohani Abd Rahman, 41, sebaik memasuki surau itu, dia juga terkejut apabila terpandang kedudukan sejadah itu seperti berdiri di tengah surau.

“Kejadian ini pertama kali berlaku di sini dan kami terkejut selepas melihat sendiri sejadah yang dikatakan berdiri itu. Sebelum ini kejadian seperti itu hanya dapat dilihat di dalam akhbar tetapi kali ini kami berpeluang melihatnya sendiri.

“Lebih menghairankan kedudukan sejadah tidak berubah walaupun ada yang memijak lantai surau agar sejadah itu tumbang,” kata ibu sembilan anak ini semalam.

Rakannya, Arifnun Ghani, 29, berkata, sejadah itu kemudiannya disimpan semula bagi mengelak orang ramai terus mengunjungi surau untuk melihat sejadah tersebut kerana surau itu digunakan setiap hari oleh penduduk untuk solat jemaah.

Sementara itu, warga emas yang hanya ingin dikenali sebagai Abu Bakar, menyifatkan kejadian itu mungkin dilakukan individu tidak bertanggungjawab untuk menarik perhatian penduduk.

“Namun, saya tidak kata ia tidak benar tetapi ada kemungkinan kejadian itu sengaja direka untuk mengelirukan pandangan orang ramai dan mewujudkan suasana gempar dalam kalangan penduduk di situ yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Catat Ulasan

2 Ulasan

jerit kat sini