Gadis 19 Tahun Disihir Berubah Jadi Nenek

Gadis 19 Tahun Disihir Berubah Jadi Nenek

Loading...

Terlihat satu laman web dari Indonesia tentang gadis berumur 19 yang berubah menjadi tua akibat disihir. Ada gambar yang disertakan tapi tak tahulah nak percaya ke tidak. Lepas siasat kat Google rupanya kisah ni memang dah popular kat Indonesia.

Ita Susilawati, seorang perempuan yang menjadi pujaan lelaki2 dikampungnya berubah wajah dan badan menjadi nenek tua setelah dia berkahwin dengan suaminya, Hendra. Ketika perkahwinan mereka berumur kira2 3 bulan, Hendra kembali ke kampung halamannya untuk mencari kerja.

Ita kemudian bermimpi dikejar dan dipatuk dua ekor ular yang besar dan berwarna hitam. Pada mulanya dia menganggap itu cuma satu mainan tidur namun selepas tiga hari tengkuknya mula berasa panas dan perit seperti bekas ditampar dengan kuat. Tidak lama kemudian, kedua2 tangan dan pehanya tumbuh bintik2 merah, dadanya mengerut seperti kecut dan berasa seperti direbus dalam air panas!

Semua doktor dan bomoh yang merawat Ita buntu dan tidak tahu apa punca sebenar penyakit misteri yang dideritai Ita. Dia dibawa pulang, suaminya masih tidak balik. Di rumah, Ita makin menderita. Kulit matanya membengkak seperti menutupi bahagian mata dan melebeh. Perutnya pula ditumbuhi benjolan sebesar penumbuk orang dewasa. Ada cerita yang mengatakan sebenarnya Hendra telah merampas Ita yang pada masa itu sudah bertunang.

Namun Ita memutuskan tunang dan berkahwin dengan Hendra. Hendra pula, selepas pulang lalu menemui Ita dalam keadaan begitu, telah pergi semula dan tidak kembali lagi. Dikhabarkan,Hendra juga juga berkahwin lain selepas mendapati keaadan isterinya menjadi sedemikian rupa...Kesian Ita kan?

Akhirnya Ita meninggal atas penyakit misteri yang dideritainya. Sama ada betul atau tak andaian yang dia dah kena sihir, itu Wallahualam.

Dan ini adalah gambar setelah Ita didakwa disihir..



Sedikit info tentang Qadam:
Anda boleh melihat, bercakap, mendengar dan merasai kehadiran Qadam ini.Kebiasaanya, sewaktu hari pertama penerimaan anda tidak mampu merasainya, dalam masa seminggu anda akan tahu akan kewujudannya, Qadam akan beritahu kewujudannya dengan berbagai cara sebagai cantoh:
1. Di waktu malam kita akan terdengar orang memberi salam dan mengetuk pintu rumah.Dan bila kita buka pintu, tiada siapa disana.Bila berlaku keadaan begini sila buka pintu dan jemput dia masuk walaupun kita tidak nampak.
2. Terdengar orang berjalan-jalan didalam rumah.(menakutkan jer)
3. Ternampak kelibat yang lalu dikawasan dalam rumah.
4. Didatangi dalam mimpi
5. Berbisik ke telinga atau hati (gerakan hati meraka yang mengambil Qadam lebih peka dari biasa)

Namun Qadam tidak akan membuat Tuannya berada dalam ketakutan.Cuma sekadar ingin memberitahu akan kewujudannya bersama Tuannya.Untuk makluman Qadam ini tidak boleh mengganggu keluarga,anak-anak dan orang lain, INI QADAM/PENDAMPING BUKAN SAKA.Sekiranya suatu masa anda tidak memerlukannya lagi, anda tidak perlu mencari bomoh untuk membuangnya.Cukup sekadar bercakap dengan qadam tersebut menyuruh ia pergi.Dan ia akan pergi. Qadam yang akan didampingkan adalah dari kalangan Bunian,Wali dan Jin yang beragama islam sahaja.
Qadam akan cuba berhubung dengan Tuannya dengan berbagai cara, sebagai contoh
1. Berbisik terus ketelinga
2. Berbisik terus ke hati (GERAK HATI)
3. Berjumpa melalui mimpi
4. Ular besar melintasi jalan raya tujuan seakan-akan menghalang.
5. Dan lain-lain cara


p/s pelik je bila nampak lelaki baju kaler pink!!

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. perkara2 mistik mmg banyak terjadi disekeliling kita

    BalasPadam
  2. serious menakutkan T_T..sabar je la..huhuhu...

    p/s : yg comel2 pnye ada under tag "card captor sakura" dan "angelic layer" :)

    BalasPadam

jerit kat sini