Fenomena aneh hujan epal di Inggeris!

Fenomena aneh hujan epal di Inggeris!

Loading...

Hujan lazimnya berupa titisan air yang jatuh dari langit. Namun apa yang berlaku jika hujan tersebut berupa buah epal. Dilaporkan telah berlaku fenomena aneh hujan epal di Inggeris . Jatuhnya lebih daripada 100 buah epal secara misteri dari langit Inggeris tersebut terjadi di sebuah bandar kecil, di Conventry West Midlands Inggeris. Hujan epal itu pun mengenai apa-apa yang ada di daratan. Tiba-tiba kejadian aneh ini pun menjadi bahan pemberitaan hangat di Inggeris. Peristiwa yang masih belum dapat dijelaskan ini, akan menyebar ke masyarakat luas. Bahkan dalam seketika, banyak dari masyarakat Inggeris berusaha mengkait-kaitkan kan fenomena aneh tersebut dengan cerita-cerita dalam Kitab Injil.



Dari sudut pandang ilmiah, seorang staff senior dari bidang meteorologi Perkhidmatan Weather Inggeris berusaha mengurai fakta-fakta sains yang ada di sebalik fenomena langka ini, "Cuaca yang terjadi saat ini sangat stabil dan mungkin kita akan mendapat kejutan yang tidak lain. Pada dasarnya peristiwa ini disebabkan ketika pusaran udara seperti tornado mini membawa benda-benda berukuran kecil ke atmosfera udara dan menjatuhkannya ke bumi lagi, "( The Sideshow Jumaat, 6/12/2011).

Hal ini tentu saja membawa phobia tersendiri bagi sebahagian masyarakat. Namun terlepas dari pelbagai penjelasan, fenomena aneh hujan epal di Inggeris bukan satu-satunya kejadian unik yang terjadi. Sekurang-kurangnya BBC News mencatat peristiwa aneh juga pernah terjadi sebelumnya seperti hujan katak di Llanddewi, Powys, pada tahun 1996 disusuli dua tahun kemudian di Croydon,
London Selatan.

Catat Ulasan

0 Ulasan