Loading...
LONDON - Penyelidik Universiti Durham mendapati mereka yang gemar minum terlalu banyak kopi berkemungkinan besar dapat melihat hantu dan mendengar pelbagai suara misteri.
Kajian yang dilaporkan jurnal kesihatan Personality and Individual Differences itu dibuat berdasarkan penyelidikan ke atas 200 sukarelawan yang diminta minum lebih tujuh cawan kopi sehari.
Hasilnya mereka mengalami halusinasi tiga kali ganda berbanding yang mengambil secawan sahaja, menurut pakar psikologi, Simon Jones yang mengetuai kajian tersebut.
"Ini langkah ke hadapan untuk mengkaji faktor lebih luas berkait halusinasi malah mereka melihat sesuatu benda yang sebenarnya tiada, mendengar suara misteri dan merasakan kehadiran roh orang yang telah mati," katanya. - Agensi
p/s tapi akak minum kopi x pernah pulak nampak hantu...hhhmm...betul ke teori ni
5 Ulasan
bahaya nih..kena kurangkan..hehe
BalasPadamhahha...kesian orang dulu2 kan...sbb kopi je minuman paling pemes waktu tu,tapi x pernah pulak dgr tok nenek nampak hantu bila minum kopi...
BalasPadamSaya peminat kopi .. tak penah nampak hantu dan tak mau nampak hantu. I penakotttt ... Hihi.
BalasPadamas salam..
BalasPadamerk..hm..teori je..jangan ambil pusing sangat. tapi saya selalu juga minum kopi. takde pun. agaknya kopi macam kopi jantan tak pun kopi cap kapal yang betul-betul kaw kat iklan tv tu. hehe
=)
lawatan balas~
agak2nya ada kopi yang terlebih power kot...hehehe
BalasPadamjerit kat sini