Lautan Manusia DiMina

Lautan Manusia DiMina

Loading...
Jemaah haji melontar jamrah
BENTUK struktur batu yang menjadi sasaran lontaran batu para jemaah haji di Mina, dekat Mekah semalam.

MINA, Arab Saudi - Berjuta-juta jemaah haji semalam melontar jamrah pada hari kedua ibadat haji di sini semalam.

Melontar jamrah akan dilakukan selama dua hari lagi dengan setiap jemaah perlu melontar batu di tiga buah jamrah.

Setiap jemaah perlu melontar 21 butir batu di tiga struktur batu setinggi 25 meter.

SEJUMLAH besar jemaah melalui laluan untuk melontar jamrah di Mina, dekat Mekah semalam.

Melontar jamrah dilakukan bagi mengingati peristiwa Nabi Ibrahim melontar batu ke arah syaitan yang muncul tiga kali untuk mempengaruhinya.

"Ia memberi kekuatan moral. Kini saya berasa seperti sudah menewaskan syaitan," kata seorang jemaah yang melontar jamrah, Mohktar Khan berusia 29 tahun.

Dia tiba di lokasi melontar jamrah itu bersama puluhan jemaah dari Bangladesh yang melaungkan Allahuakbar.

SEORANG jemaah wanita dibantu oleh seorang anggota polis unit khas selepas dia melontar jamrah di Mina, dekat Mekah semalam.

Seorang lagi jemaah haji, Mohammed Husseinnin yang berusia 25 tahun berkata, dia akan berasa menang jika dapat melontar batu ke arah syaitan yang merupakan musuh utamanya.

Pihak berkuasa Arab Saudi telah menyediakan laluan pejalan kaki bertingkat sebagai usaha untuk mengelak kejadian rempuhan yang menyebabkan 364 orang mati pada 2006, 251 jemaah pada 2004 dan 1,426 lagi pada 1990.

Seorang lagi jemaah, Dina Mohammed Ramadhan berusia 27 tahun dari Mesir menyatakan perasaan bersyukurnya kerana dapat mengerjakan ibadat haji.

Suaminya menolak kereta sorong bayi yang membawa dua anak mereka dalam kumpulan jemaah.

Musim haji itu berlangsung selama lima hari. - Agensi

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. SALAM AIDILADHA,
    ALLAHUAKBAR ! MOGA KITA DIBERI KESEMPATAN UTK MENJADI TETAMU ALLAH ! AMIN.

    BalasPadam
  2. saya juga berharap begitu luahfikiran..Insyallah

    BalasPadam

jerit kat sini