Loading...
Dah tahukan kisah kaki kucing dipotong sbb mencuri (??)
yg di bawah ni plak kisah seorg gadis dipotong tgn sbb menderma...
Dikisahkan bahawa semasa berlakunya kekurangan makanan dalam kalangan Bani
Israel, maka lalulah seorang fakir menghampiri rumah seorang kaya dengan
berkata, "Sedekahlah kamu kepadaku dengan sepotong roti dengan ikhlas
kerana Allah S.W.T."
Setelah fakir miskin itu berkata demikian maka keluarlah anak gadis orang
kaya, lalu memberikan roti yang masih panas kepadanya. Sebaik sahaja gadis
itu memberikan roti tersebut maka keluarlah bapa gadis tersebut yang bakhil
itu terus memotong tangan kanan anak gadisnya sehingga putus. Semenjak dari
peristiwa itu maka Allah S.W.T pun mengubah kehidupan orang kaya itu dengan
menarik kembali harta kekayaannya sehingga dia menjadi seorang yang fakir
miskin dan akhirnya dia meninggal dunia dalam keadaan yang paling hina.
Anak gadis itu menjadi pengemis dan meminta-minta dari satu rumah ke rumah.
Maka pada suatu hari anak gadis itu menghampiri rumah seorang kaya sambil
meminta sedekah, maka keluarlah seorang ibu dari rumah tersebut. Ibu
tersebut sangat kagum dengan kecantikannya dan mempelawa anak gadis itu
masuk ke rumahnya. Ibu itu sangat tertarik dengan gadis tersebut dan dia
berhajat untuk mengahwinkan anaknya dengan gadis tersebut. Maka setelah
perkahwinan itu selesai, maka si ibu itu pun memberikan pakaian dan
perhiasan bagi menggantikan pakaiannya.
Pada suatu malam apabila sudah dihidang makanan malam, maka si suami hendak
makan bersamanya. Oleh kerana anak gadis itu kudung tangannya dan suaminya
juga tidak tahu bahawa dia itu kudung, manakala ibunya juga telah
merahsiakan tentang tangan gadis tersebut. Maka apabila suaminya menyuruh
dia makan, lalu dia makan dengan tangan kiri. Apabila suaminya melihat
keadaan isterinya itu dia pun berkata, "Aku mendapat tahu bahawa orang
fakir tidak tahu dalam tatacara harian, oleh itu makanlah dengan tangan
kanan dan bukan dengan tangan kiri."
Setelah si suami berkata demikian, maka isterinya itu tetap makan dengan
tangan kiri, walaupun suaminya berulang kali memberitahunya. Dengan
tiba-tiba terdengar suara dari sebelah pintu, "Keluarkanlah tangan kananmu
itu wahai hamba Allah, sesungguhnya kamu telah mendermakan sepotong roti
dengan ikhlas kerana~Ku, maka tidak ada halangan bagi~Ku memberikan kembali
akan tangan kananmu itu."
Setelah gadis itu mendengar suara tersebut, maka dia pun mengeluarkan
tangan kanannya, dan dia mendapati tangan kanannya berada dalam keadaan
asalnya, dan dia pun makan bersama suaminya dengan menggunakan tangan
kanan. Hendaklah kita sentiasa menghormati tetamu kita, walaupun dia fakir
miskin apabila dia telah datang ke rumah kita maka sesungguhnya dia adalah
tetamu kita. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa
menghormati tetamu, maka sesungguhnya dia telah menghormatiku, dan
barangsiapa menghormatiku, maka sesungguhnya dia telah memuliakan Allah
S.W.T. Dan barangsiapa telah menjadi kemarahan tetamu, dia telah menjadi
kemarahanku. Dan barangsiapa menjadikan kemarahanku, sesungguhnya dia telah
menjadikan murka Allah S.W.T."
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud, "Sesungguhnya tetamu itu apabila dia
datang ke rumah seseorang mukmin itu, maka dia masuk bersama dengan seribu
berkah dan seribu rahmat."
Wallahu'alam..
Janganlah kamu memilih-milih dan sombong terhadap Allah SWT, kerana itu
dapat melemahkanmu. Janganlah kamu menyombongkan kemudahan, kekuatan, dan
kemudaanmu; agar Dia tidak menghancurkanmu dan menyeksamu, sesungguhnya
seksa~Nya amat pedih
~Syeikh Abdul Qadir al-Jailani~

1 Ulasan
ingt zaman skarang nih punya cite..
BalasPadamhehe..
tapi citer nih banyak pengajarannya.. nak kedekut pasaipa.. harta tuh pun pinjam ja..
jerit kat sini