Loading...
Anak dalam Gambar bernama David Vetter, anak ketiga dari pasangan David Joseph Vetter dan Carol Ann Vetter. Anak kedua dari pasangan ini (kakak perempuan David) bernama Katherine. Anak laki-laki pertama mereka (kakak Tertua David), dilahirkan dengan keadaan mengalami cacat Timus, iaitu suatu sesuatu penyakit gangguan sistem kekebalan tubuh yang disebabkan oleh kelainan Genetik. Beberapa minggu selepas kematian kakak David, Doktor mengatakan bahawa setiap anak lelaki yang akan lahir dari pasangan ini, kemungkinan 50% akan lahir dengan keadaan yang sama dengan Kakak David. Oleh kerana itu, Doktor menganjurkan untuk akan memasukkan anak laki2 mereka yg seterusnya (David) ke dalam bilik isolasi steril (Gelembung) begitu dia dilahirkan. Kakak perempuan David (Katherine) dianjurkan untuk menjadi Donor Sumsum tulang belakang, agar boleh dilakukan Operasi Cangkok Sumsum tulang belakang.
Tapi khabar buruk, Sumsum tulang Katherine tidak sesuai dengan David.
Pada tahun 1971, David lahir kedunia, Dan hanya 10 saat selepas kelahiran, bayi David akan dimasukkan ke dalam Gelembung. Sebelumnya, di dalam gelembung telah disiapkan pelbagai keperluan David seperti Pakaian, lampin, makanan dan air.
Orang tua David berusaha keras untuk membuat David boleh tumbuh normal sebagaimana anak lain. Mereka memberikan pengajaran layaknya sekolah dan memberikan televisyen di dalam gelembung David. Tapi usaha macam mana pun, tidak benar2 membuat David senang, kerana bagaimanapun tak ada yang boleh dilakukan oleh David, kecuali berada di ruang sempit Gelembungnya.
Pada tahun 1974, saat David berusia 3 tahun, David boleh melawat rumahnya beberapa kali dalam seminggu, tentunya atas izin doktor dan masih dalam gelembung. David sangat dekat dengan Kakak nya, dan dia tidur di bilik yang sama, dengan kakaknya jika dia sedang berada di rumah. Tapi kadang-kadang, mereka saling bertengkar antara satu sama lain. Dan kadang ada pergaduhan kecil antara mereka.
David mempunyai rakan sebaya, yg kadang mengunjunginya sesekali.
Saat David berusia 4 tahun, dia mula untuk membuat lubang pada Gelembungnya dengan menggunakan jarum suntikan yg tak sengaja tertinggal di dalam gelembungnya. Dan saat hal itu diketahui doktor, Doktor mengatakan pada David, bahawa tindakan itu sangat membahayakan dirinya, dan sejak saat itu, David jadi mengetahui alasan kenapa selama ini dia tinggal di dalam gelembung.
Di Usia 5. David benar2 menyedari perbezaan dirinya dengan orang lain. Dan dia mula memikirkan masa depannya nanti.
Sekalipun media masa ketika itu, telah membentuk Image David sebagai anak muda yg sihat yang tinggal dalam gelembung, akan tetapi keadaan mental david tidak demikian. David sering marah tanpa sebab yang jelas, dan tak mampu mengawal emosinya. David juga diketahui sering sekali mengalami mimpi buruk.
Pada tahun 1977, para penyelidik NASA, membuat pakaian mirip pakaian angkasawan untuk dikenakan pada David. Pakaian berharga 50.000 Dolar tersebut membolehkan David untuk keluar dan beraktiviti di luar Gelembungnya. Pakaian itu disambungkan dengan sebuah alat seperti tabung Oksigen, lewat penghubung seperti hos sepanjang 2.5 mtr.
Setelah beberapa tahun, keadaan David menjadi semakin tidak stabil. Harapan untuk mencari ubat penyembuh penyakit David masih kecil, sama seperti ketika David masih bayi. Doktor bimbang jika David menjadi remaja nanti, dia menjadi semakin tidak terkawal.
Kerajaan Amerika yg awalnya membiayai rawatan dan penyelidikan untuk kes David, kini mula berfikir untuk menghentikan aliran dana mereka kerana sudah menghabiskan masa yang lama, tapi tak juga membuahkan hasil yang memuaskan. Total kos yang dikeluarkan untuk projek ini disebut-sebut mencapai 1.3 Juta Dollar. Di masa itu, nilainya kira2 sama dengan 10x ganda di masa sekarang.
Pada tahun 1984, saat David berusia 12 tahun, atas cadangan dari Doktor, dilakukan operasi cangkok sumsum tulang belakang pada David dengan penderma yang sama, dari kakak David, Katherine. Meski donornya tidak sesuai, tapi operasi tetap dilakukan.
Beberapa bulan selepas Operasi, ada harapan yang tinggi akan kejayaan operasi cangkok itu. Dan para Doktor sudah menjangkakan, David sebentar lagi akan siap untuk keluar dari Gelembungnya. Tapi, belum juga itu terjadi, untuk pertama kali selama hidupnya, David jatuh sakit. Dia diare, terkena Demam dan juga mimisan. Akibat keadaan itu, doktor menganjurkan David untuk keluar dari dalam Gelembung untuk menjalani rawatan intensif.
Ayah David bertanya pada anaknya, apakah dia bersedia untuk dibawa keluar gelembung, dan David pun menjawab .. "Daddy, I will agree to anything to feel better.". Akhirnya, David keluar dari Gelembungnya untuk pertama kalinya. Setelah keluar dari Gelembung, keadaan David tidak baik. Dia langsung koma. Ibu David akhirnya berjaya memegang David untuk pertama kali, sekali gus terakhir dalam hidupnya. Hanya 15 hari selepas David keluar dari Gelembung, David meninggal dunia pada 22 Februari 1984.
3 Ulasan
kasihannye David..memang berat bg ibu bapa melihat keadaan anaknya begitu tp jauh disudut hati Dacid lagi berat utk dia menanngunya..kehidupan yang terbatas..
BalasPadamsedihnya......kesian btul dia..
BalasPadamkesiannya..:(
BalasPadamjerit kat sini