Hina Ratu Thailand,Datuk dipenjara 20 Tahun

Hina Ratu Thailand,Datuk dipenjara 20 Tahun

Loading...
Foto Ratu Thailand

Seorang datuk berusia 61 tahun dijatuhi hukuman penjara selama 20 tahun pada hari Rabu (23/11) kemarin di mahkamah jenayah Thailand kerana dianggap menghantar mesej ringkas yang menghina ratu di negeri tersebut .

Datuk yang bernama Amphon Tanuppaku tersebut dinyatakan bersalah dalam 4 pasal yang berbeza dengan hukuman masing-masing 5 tahun penjara.

Mahkamah menyebutkan bahawa Amphone Tanuppaku bersalah kerana telah menghantar mesej ringkas mengandungi hinaan untuk ratu Thailand kepada setiausaha peribadinya pada tahun 2010 lalu.

Sementara itu, Amphone Tanuppaku menyangkal tuduhan tersebut dan menyatakan bahawa dirinya tidak biasa menggunakan telefon serta tidak mengetahui kepada siapa mesej singkat itu dihantar.

Berkaitan hal tersebut, Amnesti Antarabangsa menyampaikan kecamannya dan menyatakan bahawa telah berlaku penindasan bagi kebebasan menyampaikan pendapat di Thailand.

Kini, Amphone harus meninggalkan isteri, menantu, dan tiga cucunya di sebuah bilik sewaan yang terletak di pinggir bandar Bangkok.

Catat Ulasan

0 Ulasan