Hehehe...Obama Dan Lalat!

Hehehe...Obama Dan Lalat!

Loading...
Imej Obama bunuh lalat disiar
GAMBAR menunjukkan Obama cuba mengusir seekor lalat (kiri) sebelum dia menepuk tangan ke arah haiwan itu menyebabkannya mati.

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama sering dikritik kerana dilihat sering berlembut dengan beberapa buah negara musuh namun semalam beliau membuktikan tidak akan memberi belas kasihan terhadap provokasi 'musuh.'

Obama menjadi tidak selesa apabila beliau diganggu seekor lalat ketika diwawancara oleh stesen televisyen CNBC.

Lalat berkenaan terus hinggap di kepalanya dan enggan terbang ke tempat lain walaupun Obama menghalaunya beberapa kali.

"Pergi dari sini," kata Obama.

Namun lalat itu terus berdegil sehingga menyebabkan Obama tidak dapat memberikan tumpuan terhadap wawancara tersebut.

Obama berhenti bercakap seketika sambil merenung lalat itu sebelum tangan kanannya menepuk serangga itu sehingga mati.

"Di mana kita berhenti tadi," kata Obama kepada wartawan CNBC, John Harwood.

Melihat Harwood dalam keadaan kehairanan, Obama berkata: "Itu merupakan sesuatu yang sedikit hebat, tidakkah begitu?"

Menyedari kamera merakam insiden di East Room di White House, Obama dengan berjenaka menuding ke arah lalat yang mati di lantai.

"Adakah anda mahu merakamkan gambar lalat itu?" soal Obama.

- Agensi

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. hahaha...dengan lalat dia brani.chait

    BalasPadam
  2. hahaha, payah jadi orang besar2 ni kan,, pukul lalat pon jadi isu.. jatuh maruah. ahak.. power owh dia cover.. hehe

    BalasPadam
  3. hehe..kesian Obama..jadi tumpuan dunia

    BalasPadam
  4. tak payah rakam gambar pukul lalat, seperti dunia dah tahu, obama nilah antara salah seorang orang 'besar' di US yang beri arahan untuk perang di iraq dan afghanistan dan membunuh berpuluh ribu orang islam tanpa belas kasihan dan usul periksa. kalau check latar belakang obama ni ada kaitan dengan yahudi zionis yang kuat berkuasa di US walaupun datuk nenek si obama beragama islam. dia telah ditraining oleh puak yahudi zionis di US untuk ikut telunjuk US, malah Obama juga berlembut dengan golongan PLU/gay/lesbian untuk raih sokongan diaorang dan masyarakat US. so tak payah la nak kesian2 kat obama lahanat ni.

    BalasPadam
  5. tak payah rakam gambar pukul lalat, seperti dunia dah tahu, obama nilah antara salah seorang orang 'besar' di US yang beri arahan untuk perang di iraq dan afghanistan dan membunuh berpuluh ribu orang islam tanpa belas kasihan dan usul periksa. kalau check latar belakang obama ni ada kaitan dengan yahudi zionis yang kuat berkuasa di US walaupun datuk nenek si obama beragama islam. dia telah ditraining oleh puak yahudi zionis di US untuk ikut telunjuk US, malah Obama juga berlembut dengan golongan PLU/gay/lesbian untuk raih sokongan diaorang dan masyarakat US. so tak payah la nak kesian2 kat obama lahanat ni.

    BalasPadam

jerit kat sini