Gila..Lagi Kisah Kekejaman Manusia Terhadap Kucing

Gila..Lagi Kisah Kekejaman Manusia Terhadap Kucing

Loading...
Sadis, Lelaki Ini Menari Sambil Memegang Ekor Kucing
Gambar: Lelaki menari sambil memainkan ekor kucing (Daily Mail)

Ramsgate - Rakaman kamera CCTV menunjukkan seorang lelaki yang menari-nari di jalansambil menggenggam ekor dan memutar-mutar kucing yang dipegang olehnya. Kucing malang yang diputar-putar oleh lelaki itu hampir menghentam kereta yang diletakkan di samping jalanan. Seorang pejalan kaki pun tampak menghalang lelaki itu di Ramsgate, Inggeris. Demikian seperti diberitakan Daily Mail , Khamis (10/11/2011).

Polis langsung bergerak untuk menangkap lelaki itu setelah pemilik bar di Ramsgate menghantar rakaman video lelaki tersebut ke The Royal Society for the Prevention of Cruelty to Animals (RSPCA). Kucing hitam yang bernama Mowgli itu lepas dan lari ke pemiliknya yang tinggal di dalam bar tersebut dalam keadaan tertekan. "Pemilik kucing itu tampak sedih ketika melihat rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki memutar-mutar Mogwli dengan memegang ekornya. Kami berharap sesiapa yang kenal dengan lelaki ini langsung memberitahu kami, sehingga kami dapat melakukan penyelidikan terhadap kes ini, "ujar Inspektor RSPCA Caroline Doe. Caroline juga mengatakan insiden ini merupakan kekerasan yang sadis terhadap haiwan dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. (rhs)

Catat Ulasan

0 Ulasan