Loading...
GEDUNG beli-belah Marks and Spencer di Shanghai.
SHANGHAI - Gedung beli-belah Marks and Spencer milik rakyat Britain di sini gagal menarik kehadiran ramai pengunjung tempatan, lapor sebuah akhbar semalam.
Bilangan pengunjung yang sedikit itu dipercayai akibat barangan di gedung tersebut terlalu mahal dan lokasinya yang dikatakan berhantu.
Gedung itu dipercayai berhantu kerana seorang pengunjung, Harshit Shah dari India jatuh dari tingkat empat selepas bersandar pada sisi tepi eskalator.
Seorang ahli perniagaan, Wang Chuan berkata, ada sesuatu yang tidak kena dengan lokasi gedung itu apabila seorang pengunjung mati.
"Adalah munasabah tempat itu berhantu. Marks and Spencer sepatutnya menimbang mengadakan majlis feng shui untuk menyelesaikan masalah itu," kata seorang pakar feng shui, Wang Shuo Yu.
Namun, seorang pengawal keselamatan, Zhao Dali menyatakan pendapatan sebulannya hanya 1,000 yuan (RM507.82) dan jumlah itu tidak mencukupi untuk dia membeli sebuah jaket di gedung itu.
Seorang pengunjung, Linda Wu berkata, kebanyakan pakaian yang terdapat di gedung itu adalah untuk golongan tua manakala penduduk China tidak membelanjakan wang bagi membeli pakaian.

1 Ulasan
mmg rugi!
BalasPadamjerit kat sini