Demi Kembalikan Glasier, Lelaki Mengecat Gunung di Peru

Demi Kembalikan Glasier, Lelaki Mengecat Gunung di Peru

Loading...
Untuk mengatasi kurangnya glasier di pergunungan Peru, seorang lelaki dan pasukannya mengambil pendekatan yang tidak biasa, iaitu mengecat pergunungan tersebut dengan menggunakan cat putih.


Daerah tersebut terlalu sejuk untuk tanaman tumbuh dan hidup, dan selalu bergantung pada ais yang menutupi pergunungan itu. Namun dalam masa beberapa tahun terkini, kurangnya es telah mencipta suatu cabaran besar bagi para gembala di kawasan tersebut. Dimana kurangnya es bererti tidak ada air untuk tumbuhnya rumput guna memberi makan haiwan ternakan mereka.


Eduardo Gold adalah pengasas Peru Glaciers, sebuah organisasi yang bertujuan untuk membawa es kembali ke pergunungan itu. Dimana Gold dan krunya sedang bekerja di ketinggian 5.000 meter di atas paras laut, mengecat pergunungan dalam projek untuk membawa glasier kembali.


eduardo gold

Walaupun banyak orang pesimis dan mencibir usahanya ini, namun Gold mempunyai teori sendiri di sebalik projek tersebut. Menurutnya, jika pergunungan yang gelap menyerap panas dari matahari, maka gunung yang berwarna putih akan mempunyai kesan sebaliknya, dan solusinya iaitu membuat gunung menjadi putih.

Dikutip dari Mail Online, Ia bersama pasukannya menggunakan kombinasi air dan pasir kapur untuk mengecat pergunungan menjadi putih, dalam usaha untuk menurunkan pergunungan.

Yang mengejutkan, rencana mereka ini nampaknya bekerja. Ketika Gold menguji suhu gunung yang di cat putih, menunjukkan perbezaan suhu di antara 10 hingga 12 celcius, bahkan ia mencari sebongkah ais yang terkubur.

"Komuniti ini berkaitan rapat dengan glasier. Begitu glasier ini lenyap, maka kehidupan mereka juga akan hilang. "Tuturnya kepada CNN.

"Ini adalah sebuah percubaan, mungkin ini tidak akan bekerja sama sekali. Namun melakukan sesuatu akan lebih baik daripada hanya berpangku tangan. Jika ada peluang untuk membawa perubahan mengapa mengabaikan itu?. "Tambahnya.

Glasier sangat penting bagi penduduk di kawasan pergunungan Peru, selain itu glasier juga berfungsi sebagai empangan alami untuk air yang mengalir ke sungai dan lembah-lembah di Peru.

Diketahui, saat ini, Gold dan pasukannya telah berjaya untuk menutup kawasan seluas 15.000 meter persegi. Dan tujuannya adalah untuk menutupi kawasan seluas 3 bilion meter persegi, atau setaraf dengan 500.000 padang bola sepak, yang akan menelan kos sebanyak 41,5 bilion dolar (Rp 380,5 trillion) dan akan memakan masa selama lima tahun.

eduardo gold

perrgghh...sanggup dia..

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. keep up your effort bro...those people who not love environment will not understand. just ignore those f**king people.

    BalasPadam
  2. teruskan usaha... org ni betul2 hebat.
    btw, info yang baik.....

    BalasPadam
  3. itulah namanya usaha tekun jaya...:)

    BalasPadam

jerit kat sini