Loading...
Sudah hampir setahun saya memeruk rasa dan mememdam perasaan dek perlakuan isteri
Saya amat menyayanginya, terlalu memanjakannya, sebab itulah saya rasa dia berani membuat onar di belakang saya..
Kami sudah hampir 5thn berkahwin dan mempunyai sepasang cahaya mata , 4 tahun dan 2 tahun.
Masih jelas di fikiran saya kejadian setahun yg lalu dimana waktu itu saya berada di luar negeri selama 3 bulan atas urusan kerja.
Isteri saya bekerja di Firma Pelaburan terkenal ( tk perlulah saya nyatakn company apa ) dan kerjanya banyak melibatkan
interaksi sosial. Sementara saya hanya seorang engineer di power plant.
Semasa berada diluar negara, saya tidak putus menghubunginya bertanya khabar dirinya dan anak2. Mujur lah mentua membantu
menjaga anak2 semasa saya berada disana.
Dalam diam2 dia telah menjalin hubungan rakan sekerjanya yang berada di branch yang berlainan..
Saya memang tahu isteri saya memang mudah mesra orang, cantik dan tidak hairan kalau orang lain memang mudak tertarik kepadanya.
Dipendekkan cerita, ada suatu kejadian yang sangat membuat hati saya sebagai seorang suami hancur luluh dek kelakuannya.
Semasa kantoi dengan saya dia meminta maaf beria ia tk akan mengulanginya..
tapi pada masa yang sama dia tetap menyalahkan saya sebagai punca itu semua ... saya pelik???
Saya tak pernah mengabaikan dia...merajuk terus dipujuk, membuat suprise dan sebagainya...apa yg seorang perempuan suka...
Kerja rumah, membasuh baju etc, menjaga anak, saya sanggup lakukannya atas dasar bersama sama. emandangkan kerjanya yang sampai ke mlm kdg kala sehingga tgh mlm dek
tuntutan kerjanya...tapi saya tetap menyokongnya...
Salah sayakah kerana terlalu memanjakanya sehingga dia terlupa tanggungjawab sebagai seorang isteri?
kadangkala setiap kali berlaku pertengkaran, dia tetap dengan kenyataannya yg saya tidak menjaga hatinya sejak awal perkahwinan..
saya ego...etc..
Walau pahit untuk ditelan, dek kerana tidak mahu memanjang pertengkaran saya hanya berdiam diri dan meminta maaf...
Dalam hati saya saya hanya berdoa kepada allah supaya di beri hidayah kepada isteri saya ini.
Isteri saya ini sikapnya agak berangin, keras hati (Api) sementara saya pula mudah lembut hati walaupun kdgkala saya juga ada angin..
Nada suaranya jika menegur senang bahasa adalah jenis cakap lepas tetapi peliknya dia pulak tak bole kalau orang ckp lepas kat dia...
kan pelik tu...kalau tk nk org ckp lps kt kita , kita pon jgn la ckap lepas kat org betul tak?
Saya jikalau menegurnya amat berlapik bahasanya...sehingga saya rasa saya bukan menjadi diri saya yang sebenar...
Baru2 ni kami menghadapi konflik yg besar melibatkan financial kami...Tak perlu lah cerita detail...
waktu konflik saya amat terkejut perkataan kau, aku , cerai bermain mcm air di mulutnya....depan anak2 yg tak tahu apa2
Saya isghtifar dalam hati banyak, berdoa diberi petunjuk..
Sekali lagi saya yg mengalah dan meminta maaf walaupun dalam hati saya terdetik masalah itu datangnya dari sikap dia juga...
Sejak itu hubungan kami menjadi dingin dan pada masa yg sama dia bnyk mengugut saya yg dia telah tiada hati dengan saya...pedih nya hati ini
Seolah - olah dia langsung tidak menghargai apa yang telah saya lakukan walaupun itu sebenarnya bukan tggjawab saya sebenarnya tetapi atas dasar bersama-sama suami dan isteri...
Terlalu banyak dugaan yg saya hadapi sejak kebelakangan ini...sya hampir putus asa tetapi memikirkan anak2 yg masih kecil saya tetap bertahan..
Keperluan naluri saya diabaikan sedah berbulan..saya juga lelaki...jika saya menghajatkan saya pastikan dia tidak penat, dan sebagainya tidak seperti lelaki yang lain dilayan kehendak naluri hampir 3 kali seminggu...saya hayan telan air liur...
Saya tak tahu apa yg dia fikirkan...kalau ikotkan hati dah lama bagi talak...tapi anak2 lah buat saya bertahan...
Banyak lagi kejadian yang sangat memilukan hati saya sebagai seorang suami..
Stakat keluar tanpa minta izin sudah sgt biasa saya hadapi..Saya tegur dengan baik...
Mungkinkah lepas ini saya patut memukulnya? Saya rasa masih mampu bersabar...
Mungkin ini dugaan Allah terhadap saya menguji sejauh mana tahap iman saya...
Walaupun kdg kala terdetik juga kenapa ini terjadi pada saya..tak adil etc..
saya sekelumit pun tidak pernah memandang wanita lain walaupun byk dugaan yg datang..saya tetap pada isteri saya...
Walaupun perangainya sebegitu saya yakin saya masih yakin suatu hari dia akan berubah...
Mungkin viewers ada pendapat mengenai kisah hidup saya ini....Silalah beri pendapat TQ
P/s apa pandangan korang?
0 Ulasan
jerit kat sini