Meninggal Setelah Menghantar SMS Kepada Isterinya.

Meninggal Setelah Menghantar SMS Kepada Isterinya.

Loading...
Seorang lelaki terjatuh dan tewas di lereng Gunung Kilimanjaro, hanya beberapa minit selepas menghantar SMS kepada isterinya yang mengatakan ia 'keletihan tapi sangat gembira' selepas berjaya mencapai puncak gunung berapi tertinggi di dunia tersebur.
Beberapa saat setelah foto ini diambil di puncak gunung Kilimanjaro, Alistair Cook menghantar mesej teks kepada isterinya dan kemudian meninggal kerana serangan jantung

Menaklukkan puncak gunung Kilimanjaro merupakan impian dalam hidup Alistair Cook, menjelang ulang tahun yang ke-70. Namun hanya beberapa minit setelah mencapai puncak tertinggi benua Afrika tersebut, ia mendapat serangan jantung dan kemudian meninggal.

Namun, tepat sebelum kematiannya, Cook menghantar mesej teks kepada isterinya, Vicky, yang mengungkapkan kegembiraannya mencapai prestasi yang tela menjadi impiannya seumur hidup.

"Mencapai puncak pada 09:50, merasa lelah tapi sangat bahagia." Tulisnya dalam mesej singkat.
Meninggal untuk mewujudkan impiannya: Ayah dari tiga anak ini meninggal setelah menakluk puncak Kilimanjaro, yang merupakan impian hidupnya.

"Dia mengatakan bahawa itu merupakan suatu kerja keras, tapi sangat menikmatinya. Ia mempunyai banyak tenaga dan ghairah untuk hidup. "Tutur Vicky.

Ayah dari tiga anak ini telah berlatih selama 18 bulan untuk mendaki, dan mendaki Gunung Snowdon, di Welsh, dalam persiapan untuk menghadapi cabaran tersebut.

Diketahui, Cook tinggal di Leicestershire selama lebih dari 40 tahun dan awalnya bekerja sebagai seorang jurutera. Pada tahun 1977 ia mendirikan syarikat Framers Corner, di Bardon, berhampiran Coalville. Bahkan ketiga anaknya, Richard (41), Alex (38) dan Samantha (36), semuanya bekerja di Framers Corner.

Alistair Cook dan isterinya Vicky, saat perkahwinan mereka tiga tahun lalu

"Dia selalu aktif, baik di dalam dan luar pekerjaan, mendaki adalah sesuatu yang selalu ingin lakukan." Tutur sang putra Richard, yang menggambarkan ahanya tersebut sebagai seorang lelaki yang 'Tak Pernah Berhenti' untuk mencapai sesuatu.

Sumber: dailymail

Catat Ulasan

0 Ulasan