(Kes budak dilanggar van)-Ibu bapa Yue Yue Diberikan Dua Pilihan

(Kes budak dilanggar van)-Ibu bapa Yue Yue Diberikan Dua Pilihan

Loading...
Gambar: Ibu Yue Yue menangis menyaksikan puterinya (China Gambar Press)

BEIJING -
Air mata tampak mengalir darimata Qu Feifei, ibu bapa dari Yue Yue budak di China yang tidak menerima bantuan selepas terlindas kereta dua kali. Tiba-tiba sahaja keadaan puterinya memburuk dan mengalami kegagalan fungsi otak. "Jangan menyerah, ibu tidak akan menyerah. Biarkan ibu berkesempatan untuk menyayangi dan memanjakanmu," ujar Qu Feifei pada puterinya yang saat ini masih koma, seperti dititip Daily Mail , Khamis (20 / 10/2011). Saat ini, Qu Feifei pun dihadapkan dalam dua pilihan yang sangat menyulitkan, dirinya ditawarkan untuk mematikan alat penyokong hidupnya yang saat ini menyala dan menjaga Yue Yue agar tetap bernafas.


Kerajaan China mengatakan, ketika ini Yue Yue mengalami koma yang cukup parah dan otaknya pun sudah tidak berfungsi. Kondisinya pun tampak semakin buruk meskipun dirinya sempat menunjukkan perkembangan pada awal minggu ini. "Kami tidak dapat memberikan maklumat lebih lanjut," ujar jurucakap rumah sakit pada pagi ini.

Sebuah tayangan video menunjukkan Yue Yue, kanak-kanak berusia dua tahun yang menjadi mangsa tabrak lari , dibiarkan tanpa pertolongan satu orang pun dari 18 orang yang mengetahui kejadian ini. Yue Yue akhirnya ditolong oleh seorang pemulung, orang ke-19 yang mengetahui kejadian ini, untuk kemudian mendapatkan rawatan di rumah sakit.Peristiwa ini terjadi di Kota Foshan, Guangzhou, pada Khamis (13/10) dan hingga kelmarin, Yue Yue masih dirawat di unit kecemasan hospital tentera tempatan.

Yue Yue dalam keadaan kritikal setelah mengalami pendarahan yang teruk. Dalam perkembangan terakhirnya, China Daily melaporkan Yue Yue telah mampu bernafas dengan bantuan alat. Namun, nafasnya masih kelihatan sangat lemah. Tekanan darah dan denyut nadinya telah stabil.

berita semalamnya:

Keadaan Yue Yue Tiba-Tiba Memburuk
Gambar: Yue Yue yang sedang dirawat (Corbis)

FOSHAN - Sungguh tragis tragedi perstiwa langgar lari seorang bayi berusia dua tahun. Setelah terlindas dua kali oleh kereta minubus dan sedan, kini keadaannya makin memburuk. Sesaat setelah kejadian yang memilukan Khamis 13 Oktober minggu lalu, Yue Yue terus hidup dengan bantuan alat medik. Pada Rabu 19 Oktober pagi, Yue Yue sudah menunjukkan perkembangan kesihatannya melalui sebuah ujian perubatan. Detak jantung budak malang ini sudah mula stabil dan dirinya pun boleh bernafas dan menggerakkan tangannya.

Namun pada Rabu malam, tidak ada perkembangan yang boleh diberitahu berkaitan kesihatan Yue Yue. Baru pada pagi inilah, tersiar khabar bahawa kanak-kanak perempuan itu mengalami mati otak. Doktor memberikan pilihan pahit kepada ibu Yue Yue, Qu Feifei. Kedua-dua pilihan tersebut yakni mematikan alat bantu utama pernafasan dan menjaga Yue Yue agar tetap bernafas dengan keadaan kritikal. Ibu bapa Yue Yue merupakan pekerja asing yang miskin. Dirinya pun mendapat banyak sumbangan dari setiap orang yang melihat peristiwa ini dari media.

Apa yang dialami oleh Yue Yue memang menakjubkan masyarakat di China. Mereka yang melihat video kemalangan tersebut mengadar ada kemerosotan moral yang berlaku di sekitar mereka saat ini. Sementara ibu Yue Yue mengaku tidak memahami sikap orang yang berlalu lalang di jalanan.Tapi, dia tetap berfikir positif. "Apa yang dilakukan Chen merepresentasi sifat manusia yang paling baik. Dia orang yang paling baik di antara kita, "pujinya kepada Chen seperti dikutip CNN, Khamis (20/10/2011).

Dua pemandu yang melanggar Yue Yue berjaya dikenalpasti. Kedua-duanya juga ditangkap polis. Mereka telah menyatakan permintaan maaf kepada awam. Dilaporkan bahawa pemandu pertama yang melanggar Yue Yue baru putus cinta dengan teman lelaki. Saat melanggar Yue Yue, pemandu itu sedang menelefon. (rhs)

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. kesian budak kecik tu.ape punya negara lah..undang2 pelik..

    BalasPadam
  2. Fuyohh...negara komunis tu,dulu lah..

    Yna:terlebih bodo..

    BalasPadam
  3. Apalah diorg ni memang takde dasar kemanusiaan langsung..Memang kena belajar moral & sivik...

    BalasPadam
  4. Maria..susah gak nak bentuk sekarang,sbb dah dari turun temurun mereka dah memang macam tu

    BalasPadam

jerit kat sini