Loading...
Beberapa tahun silam heboh beredar sup bayi digunakan sebagai ubat kuat di China, kali ini masih mirip iaitu peredaran kapsul yang dibuat dari daging mayat bayi asal China marak di Korea Selatan. Kementerian Kesihatan China kini telah membentuk pasukan untuk menyiasat peredaran kapsul yang dibuat dari daging mayat bayi tersebut. Pil yang didakwa boleh mendongkrak stamina. Jurucakap Kementerian Kesihatan, Deng Haihua, belum lama ini, berkata pihaknya telah mengarahkan pihak berkuasa kesihatan di wilayah Jilin untuk meneliti kes itu.
Sebelumnya pernah beredar gambar-gambar mayat bayi dijadikan sup ubat kuat di China beberapa tahun lalu, walau ada yang membantahnya sebagai hoax
Deng mengatakan, China punya peraturan ketat soal pengurusan pembuangan mayat bayi dan orok, begitu juga dengan plasenta. "Setiap tindakan pengendalian mayat sebagai sampah perubatan sangat dilarang," kata Deng. Menurut Peraturan di China, lembaga kesihatan dan pekerjanya dilarang terlibat dalam perdagangan mayat. The Global Times melaporkan, Isnin bahawa SBS, salah satu daripada tiga rangkaian televisyen utama Korea Selatan, pada 6 Ogos, menyiarkan filem dokumentari tentang kapsul dari China yang dibuat dari daging bayi.
Televisyen itu juga memberi amaran bahawa kapsul itu telah digunakan warga Korea. Televisyen itu juga mendakwa telah mendatangi rumah sakit di China yang menjual daging bayi serta merakam proses pembuatan kapsul itu. Laporan itu memetik sumber di dalam rumah sakit tersebut yang mengatakan bahawa kapsul-kapsul yang boleh membuat greng itu dibawa keluar oleh warga keturunan Korea yang banyak tinggal di Wilayah Jilin, Liaoniong and Heilongjiang.
Uji makmal yang dilakukan oleh pejabat imigresen dan institut penyiasatan ilmiah di Korea Selatan menunjukkan bahawa kapsul yang diterima televisyen itu 99 peratus identik dengan manusia. Seorang profesor di Rumah Sakit Ketiga di Universiti Jilin mengaku belum pernah mendengar kes seperti itu selama 20 tahun kerjayanya. "Sukar berkomentar, kerana itu mirip khabar angin.
Sangat tidak mungkin kalau mengikut penilaian profesional saya, "kata Prof Zhang.
Meskipun begitu, memakan plasenta (ari-ari) sudah lama dikenal dalam tradisi masyarakat Cina. Dalam perubatan tradisional China, ari-ari diyakini sebagai bahan sperma dan menyokong kecukupan darah. Di China, ari-ari menjadi milik ibu yang melahirkan. Lembaga kesihatan hanya akan menerima ari-ari itu bila si ibu menyumbangkannya. Berdasarkan peraturan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, tidak seorang pun dibenarkan menjual atau membeli ari-ari.
0 Ulasan
jerit kat sini