Loading...
Bayi dicampak masuk longkang
Keadaan mayat bayi yang ditemui dalam longkang.
Dimanakah nilai sifat kemanusiaan seorang insan?Naluri seorang ibu juga lenyap...Bayi yang tidak berdosa juga yang jadi mangsa...
SELAYANG –
Bayi sendiri diperlakukan bagaikan sampah apabila seorang gadis berusia 19 tahun tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan ke dalam longkang dari tingkat dua Flat Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru di sini semalam.
Mayat bayi perempuan malang itu ditemui oleh seorang lelaki pada pukul 7 pagi yang kebetulan melalui kawasan itu.
Ibu bayi itu yang mendakwa panik sebaik melahirkan anak di dalam tandas bertindak mencampak bayinya ke dalam longkang menerusi tingkap.
Ketika ditemui, bayi yang dalam keadaan bogel dan mempunyai kesan cedera di kepala itu berada dalam keadaan tertiarap di dalam longkang berkenaan.
Bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, susulan penemuan mayat bayi dalam keadaan menyayat hati itu, polis menahan seorang gadis berusia 19 tahun yang tinggal di flat tersebut.
Menurut beliau, gadis itu belum berkahwin dan polis mengesyaki dia mengandung angkara hubungan sulit dengan teman lelakinya.
“Suspek yang bekerja sebagai pelayan restoran itu mengaku melahirkan bayi berkenaan di dalam tandas rumahnya pada pukul 4 pagi ini (semalam).
“Suspek mendakwa ketika dilahirkan, bayi terbabit sudah tidak bernyawa menyebabkan dia membuang anaknya itu ke dalam longkang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

2 Ulasan
org mcm nie memg gila kot, tergamak wat mcm tue..xsanggup nk tgk berita smlm, kasi sebat 100 kali pd mak bapak diorg, kalo setakat penjara je, xkan ada kesan pd diorg!! mood marah gila!!! nak jerit kuat2
BalasPadamakak mmg cukup marah ngan kes cenggini,sepatutnya hukuman yang patut diberi adalah seberat2 hukuman,ni pun mcm kes bunuh gak ni
BalasPadamjerit kat sini