Akibat Banjir,rakyat Thailad Diarah Tangkap Buaya

Akibat Banjir,rakyat Thailad Diarah Tangkap Buaya

Loading...
Gambar: Buaya Thailand (pattaya-discovery)

Ayutthaya -
Kota bersejarah di Thailand, Ayutthaya menjadi salah satu bandar yang dilanda banjir maut dan bandar itu saat ini sedang dihantui oleh buaya-buaya air tawar yang terlepas dari kandang akibat banjir. "Buaya-buaya itu harus segera ditangkap demi keselamatan para warga," ujar Menteri Kesihatan Awam Vitthaya Buranasiri, seperti dikutip AFP , Isnin (17/10/2011). Pada minggu lalu, sekira 100 ekor buaya lepas dari penangkaran. Meskipun demikian buaya-buaya itu hanyalah buaya kecil yang panjangnya kurang dari 1 meter.

Kerajaan Thailand juga sudah mengatakan pada warga, agar tidak panik dalam menghadapi situasi ini. Buaya-buaya yang lepas tersebut, saat ini dapat disaksikan di Bandar Ayutthaya yang merupakan bandar laman Warisan Dunia dan salah satu tempat pelancongan. Banjir yang melanda Thailand kini merupakan banjir terburuk yang pernah ada. Banjir itu sudah melanda banyak wilayah dan menghancurkan perumahan serta sektor perniagaan. Selain itu, sektor industri juga terpaksa berhenti kerana adanya banjir.

Hampir 300 orang terbunuh akibat banjir maut itu. Menteri Sumber Alam Thailand sudah memberi amaran warganya agar melapor bila ada haiwan liar yang lepas di kawasan yang dilanda banjir. "Kami masih menyelaraskan dengan Kementerian Perikanan Thailand, banyak haiwan yang terlepas dalam insiden banjir, termasuk di antaranya Harimau, Ular atau Buaya," ujar pegawai Jabatan Sumber Alam Thailand.

Catat Ulasan

0 Ulasan