Kisah benar cinta Diana-Hasnat

Kisah benar cinta Diana-Hasnat

Loading...

SEORANG pakar bedah terkenal Britain, Dr. Hasnat Khan akhirnya mendedahkan punca sebenar hubungan cintanya dengan Puteri Diana berakhir.
Menurut Dr. Hasnat, Diana yang ketika itu berumur 36 tahun membuat keputusan untuk menamatkan hubungan percintaan dengannya selepas terpesona dengan kekayaan Dodi Al-Fayed.

Pendedahan itu sekali gus menafikan beberapa laporan yang tersebar luas di media sebelum ini bahawa Dr. Hasnat yang memutuskan untuk menamatkan hubungan dan bukannya Diana.

"Saya berpendapat Diana akhirnya menyedari bahawa Dodi dapat memberikan semua perkara yang tidak mampu saya berikan," katanya.

Dr. Hasnat yang menjadi kekasih Diana selama dua tahun sebelum puteri tersebut beralih menjadi kekasih Dodi .

Diana meninggal dunia pada 31 Ogos 1997 selepas kereta yang dinaikinya bersama Dodi merempuh dinding sebuah terowong di pinggir Paris.

Dr. Hasnat yang berumur 48 tahun ketika itu mendedahkan dia kemudian memberitahu Diana bahawa reputasinya akan musnah jika puteri itu mempunyai ikatan hubungan dengan keluarga Al-Fayed.

Bapa Dodi merupakan pemilik gedung membeli-belah terkenal di Britain, Harrods.

Sebelum ini pakar bedah kelahiran Pakistan itu bertindak mendiamkan diri dan enggan berbicara secara terbuka mengenai hubungan cintanya dengan Diana.

Dr. Hasnat juga mendedahkan mengenai kunjungan Diana terhadap keluarganya di Pakistan dan Britain.


DR. HASNAT berkahwin dengan Hadia pada Mei 2006 tetapi mereka bercerai 18 bulan kemudian.

Pakar bedah itu juga menyatakan dia menerima ancaman bunuh selepas berita mengenai hubungan cintanya dengan Diana bocor. Ancaman bunuh itu diterimanya selepas puteri berkenaan menghantar bunga di Hospital Royal Brompton tempat dia bertugas pada tahun 1995.

Dr. Hasnat juga menerima sepucuk surat tanpa nama pengirim yang disertakan dengan gambarnya yang dikerat-kerat.

Dia juga menyatakan ketika kemuncak hubungan cinta mereka, Diana menimbang untuk berpindah dengannya ke Pakistan.

Bagaimanapun, pakar bedah itu memberitahu puteri berkenaan bahawa kehidupan akan menjadi sukar kerana kedudukan dirinya.

Dalam inkues itu, Dr. Hasnat dalam kenyataannya menyatakan kali pertama dia bertemu dengan Diana adalah pada tahun 1995 di Hospital Royal Brompton.

Pakar bedah itu kemudian mengundang puteri berkenaan supaya bertemu dengan keluarganya di Sratford, Timur London dan Diana bersetuju.

"Walaupun kami bercakap mengenai perkahwinan, kami tidak menyentuh mengenainya dengan terperinci. Dia dan saya tidak membuat sebarang lamaran," kata Dr. Hasnat.

"Kebimbangan saya adalah nyawanya kerana kedudukan Diana," tambahnya.

Dr. Hasnat juga mengesahkan bahawa bahawa orang gaji Diana, Paul Burrell menemui seorang paderi bagi membincangkan isu kemungkinan mereka berkahwin.

WAJAH terbaru Dr. Hasnat.

Pakar bedah itu dalam kenyataannya juga mendedahkan bahawa Diana tidak perlu menganut agama Islam jika mereka mendirikan rumah tangga.

Pakar bedah itu juga mendedahkan bahawa Diana mahu seorang anak perempuan bagi menyempurnakan anggota keluarganya selepas mempunyai dua anak lelaki iaitu Putera William dan Putera Harry.

Pakar bedah itu juga memberitahu puteri itu tidak lagi bercakap dengan ibunya kerana menghina hubungan cinta mereka.

Namun, ketegangan kemudian bermula selepas dia menghidu ada sesuatu yang tidak kena selepas puteri itu bercuti dengan anggota keluarga Al-Fayed dan bertemu dengan Dodi pada musim panas 1997 di St. Tropez.

Selepas itu, Dr. Hasnat menyatakan dia menghubungi Diana menerusi telefon bimbit tetapi puteri tersebut tidak menjawabnya.

Pakar bedah itu menyatakan Diana kemudian menjelaskan bahawa telefon bimbitnya mempunyai masalah dan mereka kemudian bertemu di Battersea Park.

"Saya memberitahu dia bahawa saya mengesyakinya menjalin hubungan dengan orang lain dan orang itu adalah daripada anggota keluarga Al-Fayed.

"Saya terkejut dia menafikannya," tambahnya. Dr. Hasnat kemudian mendedahkan bahawa dalam pertemuan kedua di Istana Kensington Diana memberitahu bahawa hubungan cinta mereka sudah berakhir tetapi menafikan terdapat orang ketiga yang terlibat.

Pakar bedah itu pernah diseludup memasuki istana tersebut oleh orang gaji Diana dengan menyembunyikannya dalam but kereta ketika mereka sedang hangat bercinta.

Dr. Hasnat juga meragui Diana hamil ketika meninggal dunia kerana puteri itu sangat mengambil berat mengenai pil pencegah kehamilannya.

Pada Mei 2006, hampir sembilan tahun selepas kematian Diana, Dr. Hasnat berkahwin dengan Hadia Sher Ali yang berumur 29 tahun dari berketurunan Pakistan serta keluarga diraja Afghanistan.

Bagaimanapun, perkahwinan itu berakhir 18 bulan kemudian.

Catat Ulasan

0 Ulasan