Loading...
Begitu air sejuk membasuh anggota wuduk, maka secara automatik pembuluh darah bertindak balas untuk bekerja lebih cepat dan gesit mengalirkan darah ke seluruh tubuh sebagai reaksi alami menormalisasi suhu badan, akibat bertemu suhu panas dalam tubuh dengan dinginnya guyuran air wudhu. Saat itu juga darah mengalir ke kawasan sekitar wajah, kedua tangan dan tepak kaki dengan sangat lancar. Ketika aliran darah mengalir ke seluruh tubuh, termasuk pada bahagian kulit , maka kelenjar peluh langsung bekerja menyedut darah-darah kotor dan membuangnya keluar tubuh melalui bulu-bulu halus yang tumbuh di sekitar kulit . Begitu darah kotor itu keluar, walau tidak kasat mata , maka langsung disapu air wuduk-inilah mungkin rahsianya kenapa kita disunahkan membasuh tiga kali pada setiap ahli wuduk.
Kesannya kulit sekitar wajah dan lain-lain nampak cantik dan putih berseri sehingga penuaan boleh dielakkan. Biasanya, penapisan dan pembuangan darah-darah kotor dilakukan oleh buah pinggang, kemudian dibuang sama dengan air seni. Namun ketika seseorang melakukan wuduk, darah-darah kotor itu tertarik dan tertumpu pada sekitar ahli-ahli wuduk yang sudah dibasuh dan kemudian disapu bersih oleh air wuduk seterusnya-basuhan kedua dan ketiga. Ertinya, berwudlu ternyata mengurangkan sedikit beban berat kerja buah pinggang dan kesannya boleh mengurangkan kemungkinan terkena risiko sakit buah pinggang.
Salah tugas jantung yang paling berat adalah mengepam darah supaya mengalir ke wajah, telapak tangan, dan kaki . Kenapa? Kerana tempat ketiga anggota tubuh tersebut jauh dari kedudukan tengah-tengah-yang berada di rongga dada. Begitu tersentuh air wuduk yang sejuk, maka jantung langsung bertindak balas dan kemudian mengepam darah dengan kuat menuju tiga anggota badan yang berjauhan itu. Dengan demikian wuduk tak hanya semata kewajipan agama, tetapi juga membantu meringankan beban berat kerja jantung.
Akhirnya risiko terkena serangan jantung pun relatif boleh dielakkan. Wudlu dengan air sejuk, juga membantu merangsang dan mengefektifkan sistem kerja saraf. Rangsangan tadi, akan memberi kesan positif pada kinerja saraf pusat yang berada di dalam otak. Tak heran makanya kalau setelah wuduk kita selalu merasakan suasana segar, yang tak dirasakan sebelum wuduk. Dengan demikian faedah lain dari wuduk adalah sanggup mengurangkan ketegangan jiwa, stress, mengurangkan rasa sedih, rasa khuatir dan rasa marah. Faedah inilah mungkin yang menjelaskan kenapa Rasulullah SAW, selalu menganjurkan kita untuk segera berwudlu ketika kita sedang emosi, terutama lagi pada hakim yang sedang dalam proses mengadili sebuah perkar
Sumber: http://ilmukieta.blogspot.com/2011/09/keutamaan-wudlu-untuk-kesehatan.html
0 Ulasan
jerit kat sini