Wanita ini Tidak Boleh Gemuk Sebanyak Mana pun ia Makan

Carole French, ibu dari dua orang anak adalah salah satu daripada hanya dua orang di dunia yang didiagnosis dengan Muscular Fibrositis disproportion, atau sebuah gangguan yang membuat tubuhnya tidak boleh menyimpan lemak.

Walaupun keadaan ini pada asalnya mungkin kelihatan menarik bagi para wanita, kerana orang yang menderita gangguan ini boleh makan apa saja tanpa takut berat badannya bertambah. Namun Carole mengatakan bahawa kenyataannya lebih menyedihkan dari yang mereka bayangkan.
carole french, ibu dari dua orang anak ini tak boleh gemuk kerana penyakit aneh

Sebab wanita berusia 50 tahun dari Oldham, Manchester ini, sering di ejek orang asing yang menganggapnya terkena penyakit Anoreksia.

"Sejak saya masih remaja, orang selalu menganggap bahawa saya menderita anoreksia, namun itu sangat jauh dari kenyataan sebenarnya," tutur Carole yang menambah, walaupun dirinya makan seperti kuda, ia tak mampu menambah berat badan.

Akibat keadaannya anehnya ini, Carole bahkan kesukaran mencari pakaian yang sesuai dengannya, dan terpaksa harus membeli pakaian anak-anak.

Dilahirkan sebagai bayi bersaiz normal, namun orang tua Carole akan melihat sesuatu yang berbeza dengan putri mereka, ketika ia memerlukan masa yang lebih lama untuk bisa duduk, merangkak, dan berjalan seperti anak-anak lain seusianya.

Saat berumur 13 tahun, beratnya hanya 25kg dan orang tuanya semakin yakin ia menderita gangguan makan.

"Perlu waktu setahun untuk doktor mendiagnosis penyakit saya, iaitu Muscular Fibrositis disproportion, dan hanya ada seorang di dunia ini yang mempunyai kelainan sama dengan saya," tuturnya.

"Keadaan ini membuat saya membuat saya terus-menerus keletihan, dan mungkin membuat saya menderita osteoporosis dan artritis" tambahnya.

Sumber: dailymail



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Suami Isteri...Kena Baca Ni..(Sorry..ada unsur2 18sx sikit...sikit jer tau...)

Misteri Apa Yang Ada DiBukit Hantu?Lihat!!

Wahai Lelaki Bernama Suami...Bacalah!!