Loading...
KETEKUNAN umat Islam menggandakan amalan sepanjang Ramadan menyebabkan syaitan bersedih kerana tidak ramai yang termakan hasutannya.
SEBAIK Ramadan bermula, ramailah si penakut hantu bergembira kononnya pada bulan ini semua hantu dan syaitan dirantai.
Biarpun tidak pernah melihat jembalang, Ikram yang sering dimomok-momokkan dengan cerita seram tiba-tiba menjadi berani pada bulan puasa.
Pada bulan-bulan lain, dia perlu berteman jika hendak ke mana sahaja. Tetapi pada bulan ini dia yakin berjalan bersendirian walaupun melewati kawasan gelap.
Saat diusik dengan kisah pocong, langsuir mahupun puntianak dia terus kecut perut. Biarpun masih dihantui perasaan takut, Ikram tetap memberanikan diri dengan alasan semua kumpulan hantu itu sedang dirantai.
“Saya tak perlu takut kerana semua hantu dan syaitan dirantai pada bulan puasa.
“Mereka tidak boleh mengganggu kita pada bulan ini,” kata Ikram.
Berbicara soal syaitan yang dikatakan digari daripada terus menghasut manusia pada bulan puasa, terdapat beberapa pendapat ulama mengenainya.
Berpandukan sebuah hadis, Rasulullah SAW yang bermaksud, apabila tiba bulan puasa, maka terbuka semua pintu syurga dan tertutup pintu neraka manakala syaitan-syaitan dirantai.
Gangguan
Pengamal perubatan Islam Pusat Rawatan Islam At Tobibi, Shamsuri Shafie menjelaskan, hadis tersebut sebenarnya adalah untuk mendidik jiwa manusia untuk melakukan segala kebaikan pada bulan ini.
“Apabila tiba bulan Ramadan, ramai kaum muslimin berlumba-lumba melakukan ibadat termasuklah mereka yang malas pada bulan-bulan lain.
“Maka dari situlah para syaitan yang sudah berjanji kepada Allah untuk menghasut manusia di bumi bersedih kerana ramai yang patuh pada Tuhan,” katanya kepada Jurnal baru-baru ini.
Jelasnya, terdapat dua pendapat mengenai perkara itu iaitu syaitan sebenarnya diikat daripada terus menghasut manusia kerana kebaikan yang dilakukan dan juga syaitan benar-benar diikat oleh Allah.
“Ada pendapat menyatakan bahawa syaitan diikat oleh amalan yang kita lakukan pada bulan ini.
“Mereka tidak boleh menghasut kita lagi apabila hati kita kuat untuk melakukan ibadat dan meninggalkan kejahatan,” katanya.
Kena sihir
Menurutnya, suatu pendapat lain pula menyatakan bahawa syaitan benar-benar dibelenggu kerana Allah tidak mahu mereka mengganggu manusia beribadat.
Biarpun masih ada kejahatan yang dilakukan oleh manusia pada bulan ini, jelasnya perkara itu berlaku kerana sifat buruk yang ada pada diri manusia itu sendiri.
Shamsuri yang menjalankan perubatan merawat kesakitan batin akibat gangguan jin menjelaskan bahawa dia masih berhadapan dengan gangguan biarpun pada bulan mulia ini.
Menurutnya, saban hari ramai yang datang untuk mendapatkan rawatan akibat terkena sihir.
“Seperti bulan-bulan lain, masih ada pesakit-pesakit yang ingin mendapat rawatan akibat sihir dan perbuatan jin,” jelasnya.
Bercerita soal gangguan tersebut, Shamsuri menjelaskan bahawa ia digerakkan oleh empat pihak termasuklah syaitan, jin, bomoh dan orang yang mempunyai hasad dengki.
Menurutnya, jin bertindak sebagai khadam yang menerima arahan daripada tukang sihir.
Arahan tersebut pula merupakan permintaan yang dibuat oleh individu yang ingin menjatuhkan orang lain.
Dalam pelaksanaan ilmu sihir, jin adalah makhluk yang bertindak melakukan segala arahan kejahatan.
Sifat tidak nyatanya itu membolehkan makhluk halus tersebut melakukan kejahatan batin setelah diarahkan oleh tuannya.
“Jin akan melakukan kejahatan kepada manusia apabila diarahkan oleh tuannya.
“Syaitan pula bertindak menghasut manusia untuk melakukan kejahatan kepada orang lain,” jelasnya yang menjalankan perubatan itu di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan.

0 Ulasan
jerit kat sini