Begini Caranya Manusia Primitif Memindahkan Batu Besar

Begini Caranya Manusia Primitif Memindahkan Batu Besar

Loading...
Stonehenge merupakan sebuah monumen batu peninggalan manusia purba pada zaman Perunggu dan Neolithikum yang terletak berdekatan dengan Amesbury sekitar 13 kilometer (8 batu) barat laut Salisbury Plain, Propinsi Wilshire, Inggris.Stonehenge sendiri terdiri dari tiga puluh batu tegak (sarsens) dengan ukuran yang sangat besar (masing-masing batu pada mulanya seragam tingginya, iaitu 10 meter dengan masing-masing batu mempunyai berat 26 tan), semua batu tegak tersebut disusun dengan bentuk tegak melingkar yang dikenal sebagai megalithikum.

Stonehenge yang dibina pada zaman Neolitik, masih menjadi misteri di Inggeris. Hingga kini, belum diketahui secara pasti bagaimana orang zaman dulu boleh mendirikan jajaran batu raksasa tersebut.
Misteri Stonehenge yang belum diselesaikan inilah yang cuba dipecahkan oleh seorang jurutera yang juga bekas presenter BBC, terutama bagaimana batu-batu raksasa itu dipindahkan dari jarak yang cukup jauh.
lavin Garry percaya bahawa nenek moyang orang Inggeris membina Stonehenge memakai anyaman bakul rotan yang digunakan untuk menggelindingkan batu-batu raksasa itu dari Welsh ke lokasi sekarang.
Setiap batu dianggarkan mempunyai berat hingga 4 tan. Batu-batu ini berasal dari Banjaran Preseli di Welsh atau sekitar 200 batu dari lokasi Stonehenge sekarang.
"Saya selalu berfikir bahawa mengheret batu-batu besar itu secara fizikal tidak mungkin kerana geseran di permukaan. Kuncinya adalah teknologi mereka telah terapkan pada saat itu, " kata Lavin.
Lavin percaya bahawa pada saat itu para pekerja menggunakan bakul silinder untuk menyeret batu-batu besar tersebut dari tempat awalnya. bakul ini dibuat dengan menganyam beberapa struktur pancang ringan yang boleh dengan mudah dipindahkan oleh 4 atau 5 orang.Lavin telah menguji teorinya itu di dekat lokasi Stonehenge sekarang dan berjaya memindahkan batu seberat satu tan menggunakan anyaman kayu seperti yang ada dalam teorinya.
Saat ini Lavin tengah mempersiapkan sebuah bakul besar agar mampu memindahkan batu seberat lima tan. Untuk merealisasikan cita-citanya ini, Lavin meminta bantuan seorang jurutera, seorang arkeolog kayu kuno, dan penganyam kayu profesional.
Karaena saat ini telah memasuki musim sejuk, maka projek yang besar ini dianggarkan baru akan siap awal musim panas tahun depan.Dalam teorinya, Lavin percaya bahawa batu-batu di Stonehenge bisa saja digerakkan oleh dua pasukan berjumlah sepuluh orang. Satu pasukan berehat sementara yang lain bekerja mendorong bakul raksasa tersebut.
Teori Lain
George Oates, yang baru-baru ini merancang Velodrome Sukan Olimpik serta Jambatan Milenium, mengatakan bahawa sangat mungkin teori Lavin tersebut boleh terlaksana.
"Saya merasa bahawa sangat mungkin sebuah bakul anyaman boleh membantu menggerakkan batu-batu seberat empat tan dari pergunungan Wales ke Stonehenge."
Selain teori Lavin, University of Exeter juga mendedahkan teori lain tentang Stonehenge. Menurut mereka, batu-batu itu mungkin telah menggunakan bantalan bola-bola yang ditempatkan di trek kayu berlekuk, sehingga akan mudah membawa batu-batu besar tersebut ke lokasi.Inilah beberapa gambaran tersebut:
Stonehenge, bangunan batu besar dari zaman Neolitik. Misteri masih menyelimuti bagaimana batu-batu itu boleh dibawa dari Welsh ke tempatnya sekarang.

Garry Lavin dan pasukan kerjanya cuba mendorong prototaip rol anyaman kayu untuk memindahkan batu besar di sekitar Stonehenge. [Gallerydunia.com]
Sketsa ini memperlihatkan bagaimana para pekerja memindahkan batu untuk mendirikan Stonehenge.

sumber:http://www.lintasberita.com/






Catat Ulasan

0 Ulasan