Loading...
klik gambar diatas kalau nak join
Aidilfitri adalah hari kegembiraan kerana dapat melaksanakan kewajipan dan berkeyakinan memperoleh pahala besar di sisi Allah. Inilah puncak kemenangan manusia dalam pertentangan antara akal dan nafsunya, kerana puasa adalah keupayaan manusia untuk menundukkan dorongan nafsu yang sentiasa cenderung kepada pelanggaran ajaran Islam Tahun ini.
Dan setiap kali tiba detik berkenaan iaitu pada setiap kali menjelang Syawal, hati saya sebagai seorang isteri akan tersentuh. Wajah akan merona yang tidak menentu. Entah gembira. Entah kecewa.
Serasa bagaikan keriangan itu wajib dinikmati bersama keluarga. Balik kampung!
Tapi terus terang cakaplah...Suasana berhari raya sudah lama seperti tidak ada rohnya setelah masing-masing meningkat dewasa. Sebab itulah lagu-lagu seperti Dendang Perantau, Balik Kampung dan sebagainya seperti lagu-lagu biasa sahaja, tidak ada sentimental langsung bagi saya.
Sebabnya???...
Apabila kedua-dua ibu dan bapa mentua sudah tiada, tradisi itu makin pudar. Suami juga tidak lagi meletakkan syarat, baginya apabila kedua orang tua sudah tiada, kesyahduan Aidilfitri itu seperti sudah hilang serinya. Jika hendak menziarah ke pusara sebagai syarat balik berhari-raya di kampung, itu bukanlah wajib. Pusara itu boleh dilawat pada bila-bila masa sahaja.
Jadi pada saya...beraya dimana-mana,samaada dikampung suami atau di tempat saya....sama saja...meriahnya semakin menghilang,serinya semakin pudar.
Nasihat saya kepada generasi baru...demikianlah erti sebuah kehilangan. Kepada yang masih ada ibu dan bapa, jangan tangguhkan kepulangan anda ke pangkuan ibu dan bapa pada hari raya nanti. Peluk dan kucup jari berkedut itu untuk memohon ampun maaf dan restu.
Menjelang lebaran yang bakal tiba saya mohon ampun maaf zahir dan batin jika ada yang terasa...
Saya(kali ini saya bahasakan diri sbg saya),Yati Harun...anak jati Terengganu,w/pun dah lama tidak beraya dikmpg halaman...tapi kenangan semasa dikampung tidak pernah luput dari ingatan.
Salam lebaran buat semua...
7 Ulasan
sayapun join gk ni,,tak sabar nk raya,,yg penting yg hidup ni perlu teruskn hidup dan bergembira dgn nikmatnya,,wlupun kemanisan nya agak kurg,,,huhu
BalasPadamMissina...begitulah fitrah alam,kemeriahan menyambut aidilfitri disambut gah oleh kanak2,macam kita zaman kanak2 dulu jugak
BalasPadamSalam.Aten singgah sini.Selamat hari raya :)
BalasPadamJemput ziarah
Salam ziarah dari Segmen yang sama,
BalasPadamKancil ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf zahir batin...
Jomlah singgah ke blog Kancil
sabarlah...kini ada anak2 kan...meriahkanlah bersama mereka
Salam.
BalasPadamHmm syahdu. Apakata raikan bersama mereka yang tidak bernasib baik.
Salam Aidil Fitri. Maaf Zahir dan Batin.
Terima kasih.
terimakasih HH...sudi juga kesini....maaf zahir batin
BalasPadamsalam lebaran.
BalasPadamsinggah dari segmen HH.
maaf lambat ziarah. busy makan kueh raya. hehe.
selamat hari raya,
maaf zahir&batin.
sudi2kan lah singgah belog shaye. =)
http://umairamaisara.blogspot.com
jerit kat sini