RUMAH KUBUR....rumah kubur tu rumah apa?

RUMAH KUBUR....rumah kubur tu rumah apa?

Loading...
Rumah Kubur, Dari Pandangan Mata Jin


Iaitu keadaan sesebuah rumah yang tidak ada padanya orang yang solat juga membaca Qur'an.

Pada pandangan jin:
1. Keadaan dan suasana dalam rumah itu sangat suram tak bercahaya.

Walaupun diwaktu malam, lampu dipasang merata tempat dan terang benderang, namun pada pandangan jin, rumah itu tetap suram dan tak bercahaya...

2. Keadaan rumah itu usang dan sepi seperti rumah tinggal.

Ini adalah dua ciri rumah kegemaran syaitan.

Apabila Ayat-Ayat Qur'an biasa dibacakan di dalam rumah, maka sekurang-kurangnya rumah itu akan mendapat dua sumber cahaya:

1. Dari amalan solat dan membaca qur'an, kerana keduanya adalah cahaya dan cahaya itu akan menerangi sesuatu tempat menjadikan tempat itu bercahaya cerah terang pada pandangan jin.

Juga ada disebutkan bahawa Para Malaikat di langit akan dapat mengenal rumah-rumah yangada dibacakan Qur'an di dalamnya, kerana atap rumah itu akan bercahaya umpama bintang-bintang di langit.

2.Rumah itu juga akan mendapat cahaya daripada tubuh orang yang selalu membaca Qu'ran.

Iaitu dari tubuh orang itu akan memancarkan cahaya ke sekelilingnya.

Contohnya sebuah rumah itu keadaannya suram dan usang pada pandangan jin, apabila dimasuki orang itu, maka cahaya dari tubuhnya akan memancarkan cahaya cerah terang menjadikan suasana rumah itu cerah dan terang.

Dan apabila seseorang yang 'bercahaya' datang kesuatu rumah, maka tindakbalas yang dirasa oleh jin dalam rumah itu adalah bahang panas yang semakin menghampiri bersama cahaya putih cerah dan mungkin jin itu akan lari sebelum 'empunya' cahaya sampai...
Wallahua'lam

#Kita umat Islam memang digalakkan membaca al Qur'an di dalam rumah, kerana ia menghalau syaitan dan menarik malaikat rahmat masuk ke rumah.

Adakah ia juga akan memanggil jin Islam ke rumah?

Pernah berlaku, kerana jin Islam yang soleh dan warak akan terpesona dengan keindahan bacaan ayat2 al Quran dan tumpang tinggal di rumah yang penghuni manusianya juga seorang yang alim dan ahli ibadah, dgn harapan akan menambahkan iman mereka juga. Mereka hormat dan menyegani dgn manusia yang soleh ini, dan secara tidak langsung juga mereka bertindak sebagai penghalau kepada mana2 jin kafir yang nak buat kacau. Tapi ingat kita tidak minta tolong pada mereka, cuma Allah s.w.t semata2. Jadi rumah atau tempat tinggal yang dipenghuni oleh manusia dan jin yang sentiasa membaca al Qur'an akan bertambah lagi keberkatan dan dilimpahi rahmatNya. Insya-Allah.

Catat Ulasan

0 Ulasan