Mulai dari Sekarang.......Mandilah Air Sejuk,

Mulai dari Sekarang.......Mandilah Air Sejuk,

Loading...

Mandi air panas atau air hangat rasanya memang enak dan selesa. Bayangkan bila anda pulang ke rumah setelah seharian, menumpang kenderaan awam berasakkan dengan orang lain, dengan mandi air panas rasanya akan membuat semua kotoran dan rasa lelah lenyap seketika. Namun, tak hanya rasa selesa yang didapati selepas mandi air panas, tetapi juga rasa penyesalan . Sebab, air panas ternyata membuat kulit kering dan mudah kedut. Sebab, air yang panas akan meluruhkan minyak semulajadi yang terdapat pada kulit.

Di lain pihak, meskipun terkesan menyeramkan bagi sebahagian orang, mandi air sejuk ternyata memberikan banyak manfaat. Ini empat di antaranya:

1. Sirkulasi darah lebih baik Air yang hangat akan mengalirkan darah ke kulit, sedangkan air sejuk mengalirkan darah ke organ-organ tubuh. Perubahan antara panas dan sejuk ini akan menyebabkan peredaran yang lebih baik dalam darah, dengan memaksa darah untuk bergerak. Anda disyorkan untuk menukar air panas dan sejuk beberapa kali, dan menamatkan mandi dengan air sejuk untuk membantu peredaran darah tersebut. Kita perlu memastikan peredaran darah yang baik kerana hal ini dapat mencegah pelbagai keadaan, seperti hipertensi, pengerasan arteri, dan urat-urat kaki yang menonjol (varises). Sirkulasi darah yang baik akan memperbaiki sistem tubuh kita, sekaligus membuat penampilan kita lebih menarik.

2. Wajah lebih berkilau Wap air panas cenderung akan membuka pori-pori. Dengan pori-pori wajah yang terbuka, kotoran akan lebih mudah dibersihkan. Namun, setelah selesai membasuh muka, sebaiknya anda menutup kembali pori-pori yang terbuka dengan mengguyurkan air sejuk ke wajah. Membasuh wajah yang sudah bersih dengan air sejuk juga akan menghalang pori-pori tersumbat kotoran dan minyak, yang menyebabkan masalah pada kulit seperti jerawat. Selain itu, air sejuk juga membuat pembuluh darah menyempit sehingga mengurangkan pembengkakan dan munculnya lingkar hitam di bawah mata. Hasilnya, kulit akan kelihatan lebih berkilau.

3. Rambut lebih sihat Seperti yang telah dikatakan tadi, air panas akan membuka pori-pori. Bayangkan bila pori-pori pada kulit kepala anda terbuka, tentu rambut jadi mudah gugur. Sebaliknya, air sejuk akan menutup kutikula yang menyebabkan rambut menjadi lebih kuat dan mencegah kotoran terkumpul di kulit kepala. Rambut yang lebih kuat juga tak akan mudah tercabut ketika anda menyisirnya, dan dengan sendirinya melambatkan keguguran rambut. Tak hanya itu, air sejuk juga membuat rambut anda lebih berkilau. Sebab, air sejuk tidak melenyapkan minyak semulajadi yang terdapat pada kulit kepala dan rambut.

4. Tubuh lebih bugar Ingin boleh memulakan hari dengan tubuh yang segar dan bugar? Mandilah dengan air sejuk, kerana air sejuk akan membantu "membangunkan" saraf-saraf dalam tubuh anda. Selepas mandi air sejuk, anda juga lebih dapat mengatasi hawa dingin di luar rumah. Hal ini berbeza dengan mandi air panas, yang akan membuat tubuh menjadi lemas. Itu sebabnya, mandi malam dengan air panas membuat anda siap tidur nyenyak. Mandi air sejuk akan membuat anda bertenaga dan menguatkan seluruh esensi kehidupan anda. Anda jadi lebih waspada dan bersemangat. Apabila anda belum terbiasa mandi air sejuk, cubalah cara ini secara berperingkat.

Misalnya, dengan mulai mengurangkan kadar hangat yang anda gunakan saat mandi. Pelan-pelan, buat menjadi lebih kurang hangatnya, mulai dingin, dan akhirnya sejuk sama sekali. Mulailah dengan mengguyur kaki lebih dulu, baru perlahan mengguyur tubuh bahagian atas. Bila sudah biasa, anda akan menakluk rasa "takut" pada air sejuk. Kelak, anda bahkan tak akan sempat memikirkan apakah air tersebut sejuk atau tidak.

(Dari berbagai sumber)

Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. I would like to thank You for being the member of this website. Please allow me to have the opportunity to show my satisfaction with HostGator web hosting. They offer professional and quick support and they also offering numerous [url=http://tinyurl.com/gatorcoupon ]HostGator coupons[/url].

    I love Hostgator hosting, You will too.

    http://artdstract.home.pl/domeny-firmowe/ryjek.artdstract.pl/drf/index.php?action=profile;u=159609

    BalasPadam
  2. cool!!! nice info...

    *penah dgr kat TV mandi b4 matahari terbit adalah paling bagus untuk kesihatan

    BalasPadam
  3. Kaizen ..tu lah sbbnya orang2 tua dulu2 selalu mani sebelum subuh,bukan mcm orng skrng,matahari dah mula meninggi baru nak mandi

    Diana...sejuk tu sekejap jer...pastu ilang ler....acu try...:)

    BalasPadam

jerit kat sini