MISTERI APAKAH DIBUKIT MALAWATI

MISTERI APAKAH DIBUKIT MALAWATI

Loading...
BILA sebut sahaja Bukit Malawati, pasti sesetengah daripada kita pernah mendengar mengenai kawasan sekitarnya yang menyimpan pelbagai kisah sejarah dan legenda yang penuh misteri. Ia merupakan antara lokasi percutian yang harus dilawati di Selangor kerana destinasi itu menawarkan banyak persinggahan menarik.

Berdasarkan sejarah, Bukit Malawati pernah ditakluki Belanda dari tangan Sultan Ibrahim pada Julai 1784 sebelum dirampas kembali setahun kemudian pada 28 Januari 1785 dalam masa satu malam.
MAKAM Anak Dara turut menyimpan misteri tersendiri.

Kisah Makam Anak Dara, Makam Tiga Sultan, Bukit Malawati yang terdapat Batu Hampar, Telaga Tujuh, meriam meletup sendiri, pokok terbakar sendiri serta Kampung Teluk Penyamun cukup menarik untuk diperdengarkan.

Menurut ceritanya, Makam Anak Dara mengisahkan seorang gadis warak yang dipaksa berkahwin oleh ibu bapanya telah menghilangkan diri ketika mengambil air sembahyang di Sungai Selangor.

Sejurus selepas itu orang tuanya bermimpi, anak gadisnya melarang mereka mencarinya kerana beliau telah mendapat suatu tempat yang tenteram di sebuah pulau. Ekoran itu, ibu bapanya hanya menjumpai baju anaknya di sebatang pokok telah mendirikan sebuah makam.

Jika kedatangan Ramadan dan Syawal dialu-alukan dengan pengumuman kemunculan anak bulan di kaca televisyen, Bukit Malawati menawarkan tempat yang strategik untuk melihat anak bulan.

Dibina ringkas, bangunan dua tingkat itu juga boleh digunakan sebagai tempat untuk menikmati pemandangan hutan yang menjadi ‘rumah’ kepada pelbagai spesies hidupan terutamanya burung.

Meriam Penggawa yang sentiasa dibalut dengan kain kuning terletak di dalam kawasan Makam Tiga Sultan. Ia ditemui di pinggir Sungai Buluh, 12 kilometer ke Selatan Kuala Selangor pada 23 September 1966. Nama asalnya ialah Petoi Boga yang bererti Puteri Putih.
GOLONGAN penderhaka dikurung dan disiksa di perigi beracun.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/index.asp


Catat Ulasan

0 Ulasan