MAYATNYA TIDAK REPUT

MAYATNYA TIDAK REPUT

Loading...

Maha Suci Allah, Tuhan Pentadbir dan Pemelihara

Sekelian Alam. Gambar mayat yang tidak reput ini diambil pada

28/4/2004 yang lalu di Masjid Banggol, Pokok Sena, Kepala Batas, P. Pinang.

Mayat ini adalah mayat seorang lelaki

(Haji Mohsin) yang meninggal dunia akibat strok pada

tahun 1987 (17 tahun yang lalu)

dan arwah meninggalkan seorang isteri dan 4 orang anak

perempuan yang ketika itu masih kecil lagi.

Alhamdulillah, kesemua anak-anak perempuannya berjaya

(doktor, pharmacist dan lulusan Al-Azhar)

dan isterinya, seorang surirumah, amat aktif dalam

menjaga kebajikan dan hal ehwal pelajar-pelajar perempuan pondok Madrasah Khairiah Islamiah

di Pokok Sena dan sering memberi kelas agama kepada kaum-kaum ibu.

Arwah meninggal dunia dalam lingkungan umur lewat 40

tahun dan beliau adalah seorang pegawai JAKIM yang amat merendah diri dan sentiasa menjaga kata-katanya.

Saya sempat menziarahi arwah setahun sebelum beliau

meninggal dunia dan berkomunikasi dengannya menggunakan pen dan kertas.

Kubur bersebelahan yang telah dikorek itu adalah untuk

mak saudara yang meninggal pada hari tersebut. Syukur Alhamdulillah,

saya berpeluang melihat mayat yang nampak sekerat badan

sahaja dan sekerat lagi ditimbus tanah.

Mayatnya macam baru ditanam semalam dan daging dan

muscle-muscle tangan dan kaki masih

macam fresh lagi. Disebabkan malam sebelum tu hujan

lebat, kain kapan mayat basah dan melekat

di badan, so bolehlah nampak clear bentuk tubuh badan.

Kain kapannya pun tak reput langsung

cuma kotor sebab kesan dari tanah yang sedang dikorek.

Even kain bantal kepala yang diisi dengan

tanah pun masih elok lagi. Kalau dilihat pada gambar yang

dilampirkan, di bahagian atas itu ialah kepalanya

yang dilapik dengan bantal tanah. Mayat arwah disimpan

tidak menggunakan keranda dan kain kapannya adalah kain

biasa sahaja, nothing special or expensive.

Kita bagaimana pula keadaanya di kubur nanti?

Janji Allah tetap benar. Allah akan menjaga

hamba-hambanya yang sabar, beriman, bertaqwa dan beramal salih.

www.myherbslink.com

Catat Ulasan

0 Ulasan