Mahesh Minum Darah Isteri selama 3 Tahun

Mahesh Minum Darah Isteri selama 3 Tahun

Loading...

BHOPAL -
Vampire atau manusia peminum darah diyakini hanya tokoh fiksi. Namun di India, sosok serupa benar-benar ada. Mahesh Ahirwar, seorang buruh tani di daerah Damoh, Madhya Pradesh, meminum darah isterinya, Deepa, sejak tiga tahun lalu. Beberapa bulan selepas berkahwin pada tahun 2007, Mahesh memulakan kebiasaan mengerikan itu. "Dia menggunakan alat suntik untuk mengambil darah saya, lalu menuangkan darah saya di gelas dan meminumnya," kata Deepa kepada polis. Menurut Deepa, suaminya mengaku merasa lebih kuat setelah meminum darah. Keadaan sebaliknya dialami Deepa.
Dia merasa lemas dan mual setelah darahnya diambil. Deepa tidak berani menolak permintaan suaminya atau melawan kebiasaan itu kerana suaminya bakal memukulnya. "Dia mengancam akan menyakiti saya kalau mengungkap ini kepada orang lain," ujar perempuan 22 tahun itu. Mahesh tidak menghentikan kebiasaannya bahkan saat Deepa hamil. Deepa baru memprotesnya setelah anak mereka lahir tujuh bulan yang lalu. Kerana tidak tahan lagi, baru-baru ini Deepa kabur dari rumahnya. Dia pulang ke rumah orang tuanya.
Mendengar cerita putrinya, ayah Deepa langsung melaporkan hal itu kepada polis di daerah Patera. Malangnya polis mengatakan kes itu tidak berada dalam bidang kuasa mereka. Deepa dan orangtuanya membawa kes itu ke polis Hindoriya. Dari situ mereka malah dihantar ke kaunseling. Rupanya polis enggan menangani kes tak lazim itu. Ketika warga Shikarpura, tempat pasangan Ahirwar tinggal, mengetahui cerita itu, mereka mengambil alih kes itu dan mendesak polis untuk mengusutnya.

Sumber: Times of India

Catat Ulasan

3 Ulasan

jerit kat sini