KESAN BILA KITA MATI.

KESAN BILA KITA MATI.

Loading...
Semoga Allah merahmati hidup kita pd hari ini dan juga semoga kita
sentiasa mengingati Allah hendaknya.
Di sini aku ingin berkongsi satu cerita benar .
Sama2 lah kita menghayatinya dan jadikan ai teladan dimasa hadapan. Semoga kita dirahmati oleh Allah s.w.t dan dipermudahkan perjalanan hidup kita.. insyaAllah.
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Ianya berkenaan kesan mati kita mengikut amal ibadat kita.
Hari ini pertama kali saya ingin bercerita kisah benar mengenai bakal
biras saya yg meninggal pd hari jumaat baru2 ini - pd 2/5/2003 sehari
selepas kita bercuti Hari Pekerja.
Allahyarham Al-Fairuz berumur 22thn meninggal dunia semasa
bermotosikal bersama adiknya Al-Rasheed menuju ke Seremban sebaik
sahaja selesai solat Jumaat. Beliau meninggal disebabkan kemalangan
apabila motosikalnya bertembung dgn sebuah kereta dan meninggal
disitu juga.

Apa yg saya ingin ceritakan disini ialah kejadian aneh tetapi indah
dari sudut pandangan Islam. Pd mlm tersebut tahlil dibuat di rumah
keluarga biras saya dan seorg lebai kg kami(Hj.Lebai Yeh) yg menuju
ke rumah utk tahlil tersebut melalui kawasan perkuburan disitu. Dan
semasa melalui jln tersebutlah, dia tiba2 melihat cahaya di kubur
Allahyarham dengan pelbagai warna, putih, biru, merah, kuning
sampaike kaki langit. Cahaya yg indah. Bukan Api atau bukan asap. Apa
yg saya pasti, kawasan tersebut mmg gelap dan berhadapan dgn sebuah
rumah. Kejadian ini diceritakan terus kepada ahlikeluarga dan imam kg
tersebut. Datuk mereka (atuk) seorg imam juga (dari Melaka).
Allahyarham anak yg baik, bagus agama, tak suka menyusahkan
ibubapanya. dan jugak jenis sifat setiap hari suka mintak maaf dgn
ibubapanya sebelum kemana2. Dia lain drp lain dan manja dgn
ibubapanya.

Sebelum saya dpt tahu cerita ini mlm semlm, saya telah berjumpa dgn
Ustaz saya untuk meminta beliau buatkan air penawar bagi ibu
Allahyarham sbb beliau terlalu sedih atas kehilangan anaknya dan air
penawar utk adiknya (still in the hospital), yg kdg2 ingat kdg2 tak
ingat kesan gegaran otak dan juga utk memulihkan semangatnya.
Saya ceritakan pd ustaz saya yg Allahyarham meninggal pd hari jumaat.
Nak tau! Ustaz saya tersenyum. Dalam senyumannya itu bila dpt tau
dia meninggal pd hari jumaat. Itu adalah salah satu tanda meninggal
dlm keadaan mulia dan tanda matinya org2 beriman(menurut amalan
ibadat kita masing2). Ianya rahmat utk mereka yg dpt. Bukan semua org
boleh dpt.

Saya ingin katakan disini. Sebaik2 mati kita biarlah di dalam iman.
Dan doalah kita mati agar selamat dari azab KUBUR, terang kubur
seperti taman2 syurga. bukan lubang neraka yg penuh dgn ular dan
kalajengking dan segala jenis bantaian dlm kubur kita. Doalah agar
kita setidak2nya dpt mati dlm iman, mati pd hari jumaat. Ada org
ingin mati di Mekah, ingin mati tidak menyusahkan keluarga (saya
pernah lihat org jenis ni..mudah matinya dan sempat mengucap). mati
semasa pergi atau balik dari masjid, mati semasa pergi atau balik
dari menuntut ilmu agama (cth farhu ain ke tafsir ke, kelas ngaji Al-
Quran ke -salah satu tanda2 syahid). Yg penting mati kita dlm keadaan
Redha dan diredhai.

Cuma satu saje. Jgn terlalu sedih dihadapan mayat dan sampai meratap2
kematian apabila mayat telah berada di dlm kubur. Sebabnya jelas,
kasihanlah pd mayat tersebut. Andai dia ahli syurga (Drp melihat
tanda2 kematian), kita biarlah bersedih kerana kehilangan hamba Allah
yg baik dan bersyukur kerana dia mati dalam iman atau dlm keadaan
mengucap syahadah. Tapi andainya dia kita tak tau tempatnya dimana,
kasihanlah pd dia yg sedang disiksa di dalamkubur atas dosa2nya dan
jgn ditambah kesedihan kita lagi pd dia. Sampaikan doa agar dia
dirahmati dan diringankan seksaan atau diangkat terus siksaan
tersebut (doa ibubapa mustajab dan doa anak2 soleh itu berkat) dan
buatkanlah sedekah atas namanya.

Oleh itu, marilahkita sama2 lipat gandakan amal ibadat kita, baiki
mana2 yg patut.. buat apa yg kita ndak buat cthnya nak gi mekah buat
haji kena kumpul duit cepat2 dgn duit yg halal sepatutnya.. berbaik2
dgn ibubapa kita dan adikberadik kita dan macam2 amal ibadat kita.
Baiki solat, baiki mutu bacaan al-quran supaya bagus tajwidnya dan
sebutannya. apa sahaja yg boleh mendekatkan kita pd Allah.
Sebelum nyawa dirembat, dan sebelum menyesal tak sudah. cepat2lah
bertaubat. Sesungguhnya Allah penerima taubat dan Maha Luas Kasih
Sayangnya. Ambillah iktibar dari cerita di atas. Berdoalah supaya
ramai umat Nabi Muhammad mati dlm Iman yg teguh dan mengucap syahadah
supaya semua org boleh ke syurga. AL-Fatihah utk mereka2 yg telah
pulang ke rahmatullah.

Wassalam

Wallahu'alam

Catat Ulasan

0 Ulasan