Header Ads

Isu tahlil jenazah yang belum dikebumi

loading...
SEPERTI yang diketahui, mayat tidak wajar disimpan untuk tempoh yang panjang bagi menghormati roh si mati.

Kebanyakan agama menggalakkan upacara pengebumian dijalankan sesegera mungkin supaya roh tidak terseksa dan menempuh alam ghaib dengan tenang.

Sehubungan itu, timbul persoalan bagaimana pula dengan mayat-mayat yang perlu disimpan untuk tempoh tertentu bagi tujuan siasatan kes yang melibatkan bedah siasat?

Menyentuh kekeliruan tersebut, juara program realiti, Imam Muda musim kedua, Mohd. Hassan Adli Yahaya@Yahuza, 26, meletakkan situasi tersebut sebagai perkara yang tidak dapat dielakkan.

"Apabila terjadi hal sedemikian, tidak mengapa mayat itu disimpan untuk tempoh yang diperlukan asalkan mayat itu diletakkan dalam keadaan baik.

"Begitu juga dengan mayat yang tidak dituntut waris. Tempoh yang diberikan adalah bagi memberi ruang kepada waris menuntut jenazah dan disempurnakan sendiri ahli keluarga,"jelasnya ketika dihubungi baru-baru ini.

Apabila mayat itu belum dikebumikan, timbul pula spekulasi bahawa roh si mati akan berlegar-legar di atas bumi kerana masih belum mengecap ketenangan dan tersekat antara duniawi dan alam abadi.

Hassan memberitahu, terdapat pelbagai pendapat berhubung perkara tersebut. Antaranya mayat yang belum dikebumikan itu hanya jasad kepada roh, jadi ia tidak mengganggu urusan roh si mati menuju ke alam ghaib.

"Itu semua rahsia Allah, jadi kita pun tidak mampu untuk meletak andaian apa akan terjadi kepada roh tersebut," jelas Hassan.

Bagi yang beragama Islam, majlis tahlil selepas pengebumian si mati perlu dilakukan. Persoalannya, adakah majlis tahlil perlu dilakukan sekiranya mayat masih ditahan untuk siasatan kes? Atau adakah tahlil perlu ditangguhkan sehingga waris dibenarkan menuntut mayat si mati?

Berdasarkan penerangan Hassan, bermula dari tarikh kematian si mati, maka secara automatik tercerainya jasad daripada roh. Justeru, roh akan bertemu Tuhan manakala jasad akan hancur dimamah bumi.

"Walaupun jenazah masih belum boleh dikebumi, tahlil tetap boleh dijalankan seperti biasa kerana yang menjadi keutamaan adalah iringan doa buat roh si mati dan bukan jasadnya.

"Selepas mayat si mati bebas daripada siasatan, upacara pengebumian juga dijalankan seperti biasa dan waris boleh menyambung tahlil mengikut tempoh yang serupa dari tarikh kematian," jelas Hassan.
Loading...

2 ulasan:

  1. Benar sebab itulah ada kalanya kita lihat sekiranya jenazah meninggal pada waktu tengahmalam keluarga telah bertahlil dulu sementara menanti pagi utk pengurusan mandi dan pengebumian...

    BalasPadam
  2. dan itu yang sebaiknya kakzakie,tapi ada juga yang buat dhek je...kesian kat jenazah

    BalasPadam

jerit kat sini

Dikuasakan oleh Blogger.